FRIM Berita

Home>FRIM Berita

Menteri NRECC rasmikan Jejantas Rimba FRIM

3 Julai 2023 (Isnin) - YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah merasmikan Jejantas Rimba sempena lawatan kerja ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 27 Jun lalu. Jejantas Rimba atau dikenali sebagai ‘Forest Skywalk’, iaitu satu tarikan ekopelancongan utama FRIM. Tarikan tersebut membantu menyokong industri pelancongan negara ke arah mempromosikan kelestarian sumber biodiversiti negara. Ia merupakan struktur pertama yang dibina menggunakan aluminium yang dibuka kepada orang awam bagi tujuan ekopelancongan di Malaysia. Dengan adanya produk baharu untuk aktiviti ekopelancongan ini, para pengunjung akan dapat menikmati pengalaman berada di atas silara [...]

Menteri NRECC rasmikan Jejantas Rimba FRIM2023-08-02T08:34:27+08:00

FRIM terima Anugerah Perdana Institusi Penyelidikan Terbaik

27 Mei 2023 (Sabtu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima Anugerah Buku Negara 2023 Kategori Perdana: Institusi Penyelidikan Terbaik di majlis anugerah yang diadakan di Kuala Lumpur pagi tadi. Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dr Ismail Parlan menerima trofi dan sijil yang disampaikan oleh DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. FRIM dipilih oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan Panel Penilai Profesional Anugerah Buku Negara bagi menghargai sumbangannya dalam memperbanyakkan penerbitan ilmiah tentang penjagaan dan perlindungan hutan tropika, biodiversiti hutan, penggunaan kayu-kayan dan khazanah-khazanah lain, penanaman semula pokok-pokok hutan serta perlindungan alam sekitar. [...]

FRIM terima Anugerah Perdana Institusi Penyelidikan Terbaik2023-06-16T15:27:06+08:00

FRIM rai pencapaian staf

16 Jun 2023 (Jumaat) – Institut Penyeldikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan Majlis Anugerah FRIM 2022 dan Majlis Jasamu Dikenang semalam untuk meraikan warga FRIM yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang tahun 2022 serta meraikan persaraan pesara dan bakal pesara FRIM. Majlis yang diadakan di Dewan Alwy, Kepong ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Abdul Wahid Abu Salim. Turut hadir, Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dr Ismail Parlan; Timbalan KP (Operasi), Dr Lillian Chua; Anggota Institut FRIM Lokman Mohamad dan Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan NRECC, Nor [...]

FRIM rai pencapaian staf2023-07-26T10:21:43+08:00

Pakar tanah terima MBR ke-46 FRIM

14 April 2023 (Jumaat) – Saintis tanah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr V. Jeyanny Vijayanathan telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) bagi ‘First Malaysian soil scientist to be selected as panel for Food and Agriculture Organization (FAO) Intergovernmental Technical Panel of Soils (ITPS)’ yang merupakan rekod MBR ke-46 bagi FRIM. Sijil pengiktirafan MBR berkenaan disampaikan oleh Siti Hajar Johor, Perunding Rekod Kanan MBR di Ibu Pejabat MBR, Kuala Lumpur pagi tadi. Turut hadir, Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM; Ketua Komunikasi Korporat FRIM, Toh An Nee serta Pegawai Penyelidik, Praveena Balai Kerishnan. Jeyanny dilantik sebagai ahli ITPS [...]

Pakar tanah terima MBR ke-46 FRIM2023-04-19T11:22:06+08:00

FRIM raih 2 emas, 2 perak di MTE 2023

20 Mac 2023 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah pingat emas dan dua pingat perak bagi kategori International Innovation Awards (IIA) serta satu ‘Special Award from International Federation of Inventors' Associations (IFIA) for Best Invention Medal’ di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2023 pada 16-18 Mac lalu. MTE 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur disertai oleh para peserta dari 13 negara termasuk Malaysia, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Poland, Iran, Thailand, Vietnam, Filipina, Azerbaijan, Perancis, Singapura dan China. Berikut merupakan pencapaian FRIM: Pingat emas dan ‘Special Award from IFIA for Best Invention Medal’ untuk produk ‘Ciéra: Nature Inspired Eco Friendly Hand Wash’ [...]

FRIM raih 2 emas, 2 perak di MTE 20232023-04-06T09:01:05+08:00

FRIM: Kemasukan percuma ke KBG bagi warga emas mulai 21 Mac

20 Februari 2023 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan mengecualikan yuran masuk ke Taman Botani Kepong (KBG) bagi semua warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas mulai 21 Mac 2023, sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa (IDF). FRIM juga akan mengecualikan yuran masuk bagi semua pengunjung pada hari-hari sambutan berkaitan dengan hutan dan alam sekitar seperti IDF pada 21 Mac; Hari Kepelbagaian Biologi (22 Mei); dan Hari Alam Sekitar Sedunia (5 Jun). Ketua Pengarah FRIM, Dr Ismail Parlan mengumumkan keputusan tersebut semasa pelancaran Siri Ceramah Umum FRIM 2023 pagi 18 Mac lalu di kampus FRIM, Kepong. Perkongsian pertama [...]

FRIM: Kemasukan percuma ke KBG bagi warga emas mulai 21 Mac2023-02-27T12:50:14+08:00

Peserta bengkel AUFN lawat FRIM

18 Januari 2023 (Rabu) – Seramai 16 peserta Bengkel Pertama ‘Asian Urban Forests Network (AUFN) for People and Environment’ telah melawat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 11 Januari lalu sebagai sebahagian daripada program tersebut. Mereka dibawa melawat Jejantas Rimba (Forest Skywalk) di Taman Botani Kepong, Galeri Penyelidikan FRIM dan denai alam untuk melihat fenomena ‘malu-malu silara’ (crown shyness) oleh jurupandu alam FRIM. Bengkel anjuran bersama Institut Sains Hutan Negara (NIFoS), Persatuan Institusi-Institusi Perhutanan Asia Pasifik (APAFRI) dan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) yang diadakan di Kuala Lumpur ini dirasmikan oleh Pengarah Hutan Bandar NIFoS, Dr Im Kyun Lee pada [...]

Peserta bengkel AUFN lawat FRIM2023-02-09T12:55:40+08:00

Penyelidik FRIM terima ‘Outstanding Young Chemist Award’

5 Disember 2022 (Isnin) - Penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ChM Dr Mohamad Nasir Mat Arip telah menerima Anugerah ‘Outstanding Young Chemist Award 2022 (Industry)’ daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) bagi sumbangan beliau dalam bidang teknologi maju pengawetan kayu. Beliau menerima anugerah tersebut daripada Presiden IKM, Datuk ChM Dr Soon Ting Kueh dalam Majlis Malam Kimia 2022 yang diadakan di Petaling Jaya pada 2 Disember lalu. Mohamad Nasir merupakan Ketua Makmal Analisis Awetan Kayu (MAAK) sebelum dilantik sebagai Ketua Cawangan Dasar dan Pengurusan Penyelidikan FRIM yang dipegang beliau sekarang. Beliau mempunyai pengalaman 17 tahun dalam bidang pengawetan kayu (analisis [...]

Penyelidik FRIM terima ‘Outstanding Young Chemist Award’2022-12-20T11:58:23+08:00

FRIM kongsi pencapaian komersialisasi

18 November 2022 (Jumaat) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mempamerkan pencapaian R&D, reka cipta, inovasi serta teknologi yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi berasaskan sumber hutan pada Hari Komersialisasi FRIM 2022 (HKF 2022) di Auditorium FRIM, Kepong, semalam. Program HKF 2022 dilaksanakan seiring dengan usaha FRIM dan industri atau pemegang taruh untuk mengarusperdana serta merakyatkan hasil komersialisasi produk, pakej teknologi, kepakaran, khidmat teknikal serta pensijilan bagi memperkasakan industri tempatan. HKF 2022 telah dirasmikan oleh Abdul Wahid Abu Salim, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Turut hadir, Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) FRIM; [...]

FRIM kongsi pencapaian komersialisasi2022-12-02T08:33:22+08:00

FRIM raih dua anugerah di SRIE2022

11 Oktober 2022 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah memenangi dua anugerah di Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Negeri Selangor 2022 (Selangor Research, Development and Innovation Expo, SRIE2022) pada 6-9 Oktober lalu di Kuala Lumpur. SRIE2022 menerima 1,000 penyertaan bagi Anugerah R&D di mana hanya 58 disenarai pendek mengikut kualiti yang telah ditetapkan. Empat reka cipta FRIM telah disenarai pendek, iaitu tiga dalam kluster bioteknologi dan satu dalam kluster fizik dan kimia gunaan. Pencapaian FRIM: Tempat Pertama Kategori Kluster Bioteknologi – ‘JKT22: Potential Clone of Chromolaena odorata for Cosmeceutical Industry’ oleh Dr Farah Fazwa Md Arif, Syafiqah Nabilah Samsul [...]

FRIM raih dua anugerah di SRIE20222022-10-27T15:55:44+08:00
Go to Top