FRIM anjur bengkel pemurnian modul berkaitan biodiversiti

31 Mac 2021 (Rabu) – FRIM telah mengadakan Bengkel Pemurnian Modul Latihan Guru Berkaitan Biodiversiti untuk Projek ‘Mainstreaming Biodiversity Conservation into Public Education System through Training of Teachers’ semalam di Bilik Mesyuarat Licuala dan secara dalam talian. FRIM telah dilantik sebagai pelaksana bagi projek rintis ini yang merupakan inisiatif Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan dibiayai oleh ASEAN Centre for Biodiversity (ACB). Noor Azlin berucap pada bengkel tersebut. Gambar berkumpulan pihak penganjur, peserta bersama Noor Azlin (duduk, tengah). Bengkel ini dipengerusikan oleh Dr Noor Azlin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Operasi FRIM merangkap Ketua Projek dan melibatkan [...]

FRIM anjur bengkel pemurnian modul berkaitan biodiversiti2021-04-23T08:29:28+08:00

PM lancar Dasar Perhutanan Malaysia di KBG FRIM

21 Mac 2021 (Ahad) - Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin telah melancarkan Dasar Perhutanan Malaysia sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2021 di Taman Botani Kepong (KBG), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pagi tadi. Dasar Perhutanan Malaysia ini menggariskan hala tuju yang jelas termasuk strategi dan pelan tindakan pragmatik dalam mendepani cabaran baharu sektor perhutanan di peringkat domestik dan antarabangsa. Muhyiddin menyampaikan ucapan perasmian. Muhyiddin (kiri) dan Shamsul melihat buku Dasar Perhutanan Malaysia. Ia merupakan dasar inklusif yang mengambil kira kepentingan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ke arah mencapai pembangunan mampan serta pengurusan [...]

PM lancar Dasar Perhutanan Malaysia di KBG FRIM2021-03-24T17:11:36+08:00

Norwati dilantik TKP Penyelidikan FRIM baharu

4 Februari 2021 (Khamis) - Dr Norwati Muhammad telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Penyelidikan) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berkuatkuasa hari ini, menggantikan Dato’ Dr Marzalina Mansor yang bersara semalam. Norwati memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biologi pada 1989 dan Sarjana Sains dalam Genetik pada 1994 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam Genetik Hutan dari University of Reading, United Kingdom pada 2000 dan mula berkhidmat di FRIM sebagai pegawai penyelidik pada Januari 1990. Norwati, TKP (Penyelidikan) baharu FRIM. Mohd Zaki (atas) dan Farah Fazwa masing-masing mengetuai Bahgian Bioteknologi Perhutanan dan [...]

Norwati dilantik TKP Penyelidikan FRIM baharu2021-02-23T08:47:06+08:00

KP lancar Program Penghijauan Malaysia peringkat FRIM

11 Januari 2021 (Isnin) – Dr Khali Aziz Hamzah, Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah melancarkan Program Penghijauan Malaysia  - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok peringkat FRIM semasa Perhimpunan Bulanan FRIM pagi tadi. Sebagai gimik pelancaran, beliau menanam pokok tongkat ali (Eurycoma longifolia). Turut bersama-sama untuk menanam pokok, Dato’ Dr Marzalina Mansor, Timbalan KP (Penyelidikan) dan Dr Noor Azlin Yahya, Timbalan KP (Operasi). Khali Aziz (kiri) dan Noor Azlin menyampaikan ucapan masing-masing. Staf FRIM berikrar untuk mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam. Dalam ucapannya, Khali Aziz berkata FRIM menyasarkan penanaman 100,000 pokok dalam menyokong [...]

KP lancar Program Penghijauan Malaysia peringkat FRIM2021-01-22T10:45:44+08:00

Noor Azlin Dilantik Timbalan KP FRIM Baharu

1 Januari 2021 (Jumaat) – Dr Noor Azlin Yahya telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berkuatkuasa hari ini, menggantikan Dr Khali Aziz Hamzah yang mengambil alih jawatan Ketua Pengarah (KP) mulai 1 September 2020. Noor Azlin dilantik sebagai Timbalan KP (Operasi) FRIM berkuatkuasa 1 Januari 2021. Noor Azlin yang memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biologi (Perhutanan) dari Doane College, Nebraska, Amerika Syarikat pada Mei 1985 dan Sarjana Sains dalam Pengurusan Sumber dan Polisi dengan pengkhususan dalam Pengurusan Taman Alam dari State University of New York pada Ogos 1987 mula berkhidmat di [...]

Noor Azlin Dilantik Timbalan KP FRIM Baharu2021-01-21T11:58:09+08:00

FRIM lanjut penutupan kampusnya

31 Disember 2020 (Thursday) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengambil keputusan untuk melanjutkan penutupan kampus utamanya serta Taman Botani Kepong (KBG), Taman Warisan dan juga Forest Skywalk kepada pengunjung sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Keputusan ini selaras dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor susulan peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini. FRIM akan mengkaji semula keputusan ini berdasarkan keadaan wabak COVID-19. Poster penutupan kampus. Sebarang perubahan yang dibuat akan diumumkan melalui laman web dan Facebook rasmi FRIM. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat FRIM (03-6279 7591/7529/7458 | FRIMCCU_officers@frim.gov.my/ feedback@frim.gov.my).

FRIM lanjut penutupan kampusnya2021-02-01T11:56:55+08:00

FRIM, kerajaan Sarawak kerjasama dalam R&D penyakit dan perosak ladang hutan

9 November 2020 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Jabatan Hutan Sarawak (JHS) untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengurusan penyakit dan serangga perosak ladang hutan di negeri tersebut. MOU tersebut ditandatangani oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Ketua Pengarah (KP) mewakil FRIM manakala JHS diwakili Pengarahnya, Datu Hamden Mohammad, manakala Dr Lillian Chua, Pengarah Biodiversiti Hutan FRIM dan Jack Liam, Timbalan Pengarah JHS menandatangani sebagai saksi. FRIM sertai upacara MOU secara maya. Marzalina (tengah) dengan dokumen MOU yang telah ditandatangani. Upacara tersebut yang diadakan [...]

FRIM, kerajaan Sarawak kerjasama dalam R&D penyakit dan perosak ladang hutan2021-01-27T13:42:15+08:00

FRIM henti keluaran pas riadah, pelekat kenderaan mulai 2021

21 Oktober 2020 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) tidak akan mengeluarkan pas riadah dan pelekat kenderaan tahunan untuk pejoging dan pelawat serta hanya akan menerima pembayaran tanpa tunai (cashless) mulai 2021. Dari 21 Ogos sehingga 20 September lalu, FRIM telah membuat bayaran balik bagi pas rekreasi tahunan 2020 setelah menerima banyak aduan berkenaan keputusannya untuk menutup kampus utama FRIM mulai 18 Mac sehingga hujung tahun ini. Poster pengumuman. “Kita masih kurang pasti bila kita akan membuka semula kampus utama FRIM. Ini bergantung kepada sama ada keadaan COVID-19 telah bertambah pulih menjelang tahun hadapan. Oleh sebab itu, [...]

FRIM henti keluaran pas riadah, pelekat kenderaan mulai 20212020-10-22T09:29:36+08:00

FRIM anjur kursus pengecaman asas briofit

9 Oktober 2020 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan ‘Kursus Pengecaman Asas Briofit’ pada 15 September lalu untuk meningkatkan pengetahuan serta mendedahkan teknik pengecaman briofit (bryophyte) kepada 18 staf Herbarium FRIM. Briofit iaitu lumut merupakan tumbuhan bukan vaskular, epifit, tidak berbunga dan menghasilkan spora yang biasanya disebarkan oleh angin. Ia sering digunakan sebagai petunjuk biologi (bio indicator) kerana ia sensitif terhadap perubahan keadaan persekitaran, khususnya suhu dan kelembapan serta sering dijumpai di kawasan yang tidak tercemar. Cheah (depan) menunjukkan populasi lumut yang tumbuh pada batang pokok. Zainun Othman, Pembantu Penyelidik meneliti ciri-ciri sampel lumut dengan [...]

FRIM anjur kursus pengecaman asas briofit2020-10-16T16:24:39+08:00

MB Johor lancar Persidangan Sains Tanah Malaysia

6 Oktober 2020 (Selasa) – YAB Datuk Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor telah melancarkan Persidangan Sains Tanah Malaysia 2020 (SOILS 2020) pagi tadi di Johor Bahru. Persidangan selama tiga hari ini dianjurkan bersama oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Persatuan Sains Tanah Malaysia (MSSS) dengan sokongan daripada Kesatuan Sains Tanah Antarabangsa (International Union of Soil Science, IUSS). SOILS 2020 yang bertemakan, 'Pengurusan Tanah ke arah Produktiviti Tanaman dan Kelestarian Alam Sekitar' ini bertujuan mempromosikan amalan baik dan pendekatan pelbagai disiplin untuk meningkatkan hasil serta menghargai peranan dan kepentingan tanah dari pelbagai aspek ekonomi dan alam sekitar. Dari [...]

MB Johor lancar Persidangan Sains Tanah Malaysia2020-10-12T15:06:32+08:00
Go to Top