Engkabang : Mentega daripada hutan

Shorea macrophylla ialah spesies kaum damar Borneo Utara, yang lebih dikenali dengan nama tempatan sebagai kawang, engkabang jantung, kawang jantung dan tengkawang hantelok. Saiz pokok spesies ini sederhana hingga besar dan dicatatkan pernah mencecah 50 m tinggi dan berukur lilit sepanjang 4 m di Brunei. Spesies ini merupakan kayu yang ringan di kalangan kelompok meranti merah dan menghasilkan minyak tengkawang yang digunakan sebagai bahan pengganti lemak coklat. Dalam kalangan genus kaum meranti, spesies tanah rendah ini paling cepat tumbesarannya dan sering kali dijumpai di tepi sungai serta kawasan yang berair. Status pemuliharaan spesies ini ialah Rentan. Cepatlah ke denai Engkabang dan saksikan sendiri buah-buahnya yang gugur sedang dinikmati oleh haiwan.

Gambar diambil oleh : Asmar Hassan & Azahari Mohd Yusoff

Reddish leaf shoots of engkabang. Picture by Azahari MY.

Pucuk engkabang yang berwarna kemerah-merahan. Gambar oleh Azahari MY.

Engkabang fruits on the tree.

Buah engkabang di pokok.

The wings of engkabang fruit enable germination by wind.

“Sayap-sayap” engkabang memudahkan ia disebarkan oleh angin.

Engkabang fruits on the forest floor.

Buah engkabang di lantai hutan.

Flowers of engkabang. Picture by Azahari MY.

Bunga engkabang. Gambar oleh Azahari MY.

2018-05-17T14:01:05+00:00
Font Resize
Contrast