Loading Events

Seminar Tumbuhan Ubatan dan Beraroma (MAPS) yang dianjurkan oleh Bahagian Hasilan Semula Jadi, FRIM merupakan platform untuk para penyelidik, ahli akademik, pihak pengusaha herba, pembuat polisi dan pihak berkepentingan berkongsi penemuan dan pengalaman mereka ke arah memajukan penyelidikan dan industri hasilan semula jadi negara.

Penganjuran kali ke-16, tahun 2020 yang bertemakan Jalinan Pengetahuan Tradisi & Inovasi Hasilan Semula Jadi ke Arah Kesejahteraan dan Kemakmuran Bersama akan digabungkan dengan Seminar Pengetahuan Tradisi menjadi (MAP & TK 2020).

Penganjuran bersama ini dibuat atas usaha FRIM untuk menjalinkan kajian berasaskan Pengetahuan Tradisi dengan inovasi Hasilan Semula Jadi. Usaha ini diharapkan dapat mengaplikasikan pengetahuan tradisi dan meningkatkan penyelidikan serta industri hasilan semula jadi negara ke arah perkongsian faedah secara adil dan saksama.

Topik Seminar:

  • Pengetahuan tradisi, agronomi dan pemuliharaan
  • Penemuan hasilan semula jadi
  • Pemiawaian dan teknologi pemprosesan
  • Pembangunan produk dan komersialisasi
  • Kawalan kualiti, pematuhan regulasi dan standard

Untuk pertanyaan sila emel kepada seminarmaptk2020@gmail.com atau hubungi talian 03-6279 7602 / 7785 / 7330

BROCHURE PDF