9 Oktober 2018 (Selasa) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Inovasi pada 5 Oktober lalu di Auditorium FRIM, Kepong.

Program yang bertemakan ‘Inovasi Penggerak Komersialisasi’ ini bertujuan mempromosikan inovasi yang terhasil untuk komersialisasi di samping menggalakkan aktiviti inovasi bagi meningkatkan perkhidmatan dan membentuk persekitaran yang kondusif

1
1
Abd Latif menyampaikan ucapan perasmian. Dari kiri: Diiringi Khali Aziz, Abd Latif menyampaikan Insentif Komersialisasi kepada Rushdan.

Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta yang julung-julung kali dianjurkan untuk staf sokongan ini merupakan penghargaan terhadap sumbangan kumpulan ini dalam kelestarian inovasi di FRIM. ‘Tong Sampah (Anti Selongkar)’ ciptaan Abdul Halim Talha untuk mengatasi masalah sampah yang disebabkan oleh beruk dan monyet telah memenangi Pingat Emas.

Pelbagai anugerah disampaikan termasuk Anugerah Pendedahan Reka Cipta, Anugerah Pemfailan Paten, Anugerah Pertandingan Persekitaran Kerja Terbaik, Anugerah Pertandingan E-Poster, Anugerah Pertandingan Video Pendek Inovasi dan Pertandingan Pengurusan Kualiti Terbaik.

1
1
Gambar berkumpulan para pemenang, staf FRIM dan pihak penganjur bersama Abd Latif (depan, tengah). Abd Latif (kanan) melihat dengan lebih dekat reka cipta yang dihasilkan oleh Abdul Halim.

Abd Latif juga menyampaikan Insentif Komersialisasi kepada Dr Rushdan Ibrahim bagi inovasi pulpa daripada jerami padi yang telah disenarai pendek sebagai salah satu finalis Anugerah Tahun Komersialisasi Malaysia (MCY 2018).

Turut hadir, Timbalan KP (Operasi) FRIM, Dr Khali Aziz Hamzah FRIM; dan Pengarah Bahagian Inovasi dan Komersialisasi, Norhayati Nordin yang juga merupakan pengerusi penganjur.

 

1
1
Pelajar SJK(T) Puchong menerangkan projek inovasi bertajuk Ganono. Para peserta dan pihak penganjur Program Sains Interaktif bergambar dengan Norhayati (duduk, tengah).

Bersempena dengan Hari Inovasi ini, FRIM juga menganjurkan Program Sains Interaktif pada 4 Oktober untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para pelajar berkaitan inovasi serta memupuk minat terhadap ‘Science, Technology, Engineering and Mathemetics’ (STEM).

Seramai 21 pelajar dan 19 guru pengiring daripada 14 sekolah telah menyertai program tersebut. Guru Penolong Kanan SJK(T) Puchong, Karpagham Krishnasamy juga membentangkan projek inovasi bertajuk Ganono yang dihasilkan dengan kerjasama penyelidik Cawangan Pulpa dan Kertas FRIM.

Sila klik sini untuk melihat senarai penuh pemenang.