7 Ogos 2018 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Orienteering Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK Malaysia) yang diadakan di kampus FRIM, Kepong pada 4 Ogos lalu.

Pada tahun ini, MAKSAK Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) dilantik sebagai penganjur kejohanan tersebut dan FRIM dipilih sebagai lokasi kejohanan.

maksak1
maksak2
Khali Aziz (kiri) dan Radin Hedly Shah menyampaikan ucapan masing-masing.
Para atlet yang menyertai kejohanan tersebut.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM. Turut hadir, Radin Hedly Shah Radin Mohamad Hambali, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia dan Abdul Halim Hamzah, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam merangkap Bendahari Kehormat MAKSWIP.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul sebagai juara kejohanan; manakala pasukan MAKSWIP, Perak dan Jabatan Penjara Malaysia menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing. Kejohanan tersebut juga disertai oleh Angkatan Tentera Malaysia, pasukan Johor, Selangor, Melaka, Perlis dan Sabah.

Beberapa staf FRIM dipilih untuk mewakili pasukan MAKSWIP dan Zaridah Mohd Zaki merupakan pengurus pasukan. Antara pencapaian atlet FRIM bagi acara individu ialah:

  • Mohammad Khair Mohd Ayob menduduki tempat keenam kategori Lelaki Terbuka;
  • Baharudin Kamaruddin dan Dr Rushdan Ibrahim (tempat kedua dan keempat Lelaki Veteran);
  • Nur Wahida Tajudin dan Siti Nur Aisyah Mohd Hashim (tempat pertama dan ketiga Wanita Terbuka); dan
  • Suhaida Mustafa (tempat kedua Wanita Veteran).

maksak3
maksak 4 maksak 5
Aksi beberapa peserta semasa sesi pelepasan.
Pasukan (ikut arah jam dari atas) PDRM, MAKSWIP, Jabatan Penjara Malaysia dan Perak selepas menerima pingat masing-masing daripada Khali Aziz (tengah, belakang).
Ahli-ahli pasukan MAKSWIP: (dari kiri) Zaridah, Baharudin, Rushdan, Yazid Syafiq (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), Nurul Izzah @ BB Abdul Kadir (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia), Suhaida, Siti Nur Aisyah, Nur Wahida dan Su’aidah Ahmad (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).