Objektif

Bermula dengan pertukaran kepada sebuah badan berkanun pada 1 Oktober 1985, FRIM terus mengorak langkah sebagai organisasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) perhutanan yang berdaya saing dalam menjana ilmu pengetahuan bagi menghasilkan modal intelektual dalam bentuk produk, perkhidmatan, pemprosesan dan metodologi berdaya inovatif yang bernilai serta memenuhi permintaan pasaran.

Selaras dengan Akta FRIM yang telah berkuatkuasa pada 2016, FRIM telah menambahbaik konsep strategi dan struktur komersialisasi yang digunapakai. Selain itu, peranan Bahagian Inovasi dan Komersialisasi kini lebih bersifat Technology Transfer Office (TTO) untuk membantu aspek komersialisasi dengan lebih terperinci dan mengadaptasi struktur tersebut mengikut model yang bersesuaian.

FRIM akan terus mengenal pasti teknologi baharu yang boleh dikomersialkan bagi memenuhi permintaan pasaran sekaligus meningkatkan jumlah pendapatan, mencipta kemahiran dan kecekapan baru serta menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang ramai.

Hasil penyelidikan merupakan harta intelek yang dijana daripada pemikiran kreatif seseorang penyelidik atau pereka cipta. Harta intelek yang dihasilkan boleh dilindungi di bawah undang-undang tertentu untuk jangka masa yang telah ditetapkan.

Fungsi Utama

  • Perundingan pemfailan harta intelek / pejabat / penyelenggaraan
  • Pengurusan Harta Intelek
  • Perhubungan saintifik kepada kerjasama dalaman dan luaran (penyelidik dan agen paten)

Sila Hubungi:

Munirah Mohd Fauzi
Emel : FRIM_ICP[at]frim.gov.my
Tel: 03-6279 7029

Nur Hazirah Jalaludin
E-mel: FRIM_ICP[at]frim.gov.my
Tel: 03-6279 7735

Penubuhan cawangan ini adalah untuk memajukan teknologi yang telah dibangunkan oleh pegawai penyelidik FRIM supaya ianya tersedia untuk dikomersialkan. Inkubasi teknologi merupakan sebahagian daripada proses pra-komersialisasi yang akan dijalankan oleh Bahagian ICD.

Fungsi Utama

  • Bekerjasama dengan pasukan penyelidik untuk memajukan teknologi atau produk sehingga terhasil prototaip pasaran.
  • Analisa jurang bagi memastikan rantaian bekalan yang lengkap
  • Keupayaan dan pengoptimaan skala pengeluaran
  • Analisa keberkesanan kos
  • Penghasilan produk berkualiti dan menepati kehendak pasaran

Sila hubungi:

Khairul Kamilah Abd. Kadir
E-mel: FRIM_ICP[at]frim.gov.my
Tel: 03-6279 7679

Dr Fadhilah Zainudin
E-mel: FRIM_ICP[at]frim.gov.my
Tel: 03-6279 7509

Strategi komersialisasi FRIM adalah untuk terus meningkatkan usaha dalam penyelidikan dan menterjemahkan hasil inovasi berkenaan dalam bentuk teknologi mahupun produk terus ke pasaran. Dengan kepakaran serta pengetahuan dalam industri berasaskan perhutanan, teknologi yang dihasilkan lebih inovatif serta efektif.

Kerjasama Bahagian ICD bersama FRIM Incorporated Sdn. Bhd. dan rakan-rakan perniagaan yang strategik akan menyumbang kepada peningkatan pengalaman dalam pembangunan produk, pemasaran, pengilangan dan pembiayaan.

Fungsi Utama

  • Penilaian dan Pengesahan Pasaran
  • Rundingan Komersialisasi Teknologi
  • Pembangunan Model Perniagaan
  • Projek perundingan

Sila hubungi:

Syed Othman Syed Omar
E-mel: FRIM_ICP[at]frim.gov.my
Tel: 03-6279 7019

Mazdiana Mohd. Zain
E-mel: FRIM_ICP[at]frim.gov.my
Tel: 03-6279 7514

Program pembangunan usahawah siwazah yang dikenali sebagai Program Pembangunan Biousahawan FRIM-MTDC (FMBioSis) telah dilancarkan pada 21 Mei 2008 dengan objektif utama untuk melahirkan usahawan siswazah elit yang disokong oleh teknologi yang terhasil daripada aktiviti penyelidikan FRIM. 10 syarikat  ‘spin-off’ telah ditubuhkan di bawah program ini bertujuan untuk mengkomersialkan teknologi FRIM. Kewujudan usahawan elit di kalangan siswazah, dijangka akan mampu memanfaatkan teknologi dan kaedah penyelidikan bagi menghasilkan inovasi dan produk yang dapat memenuhi permintaan pasaran dan perkhidmatan kepada industri bioteknologi.

FRIM bertindak selaku penyedia teknologi berperanan menyediakan teknologi yang berpotensi untuk dikomersialkan dan secara berterusan memberikan khidmat bimbingan teknikal kepada syarikat yang ditubuhkan di bawah program ini. MTDC pula menyalurkan sumber kewangan menerusi dana Commercialisation of R&D Fund (CRDF) kepada syarikat dan juga berperanan membimbing usahawan dan pembangunan perniagaan.

Syarikat-syarikat ini telah dibimbing secara berterusan sehinggalah 1 April 2014, usahawan dan syarikat telah digraduatkan daripada program ini dengan tujuan membuka peluang yang besar kepada syarikat untuk berdikari dan mengembangkan syarikat masing-masing. Pelepasan kepentingan FRIM daripada syarikat ini bertujuan memberi peluang syarikat mencari pelabur yang berminat untuk melabur dalam syarikat FMBioSis.

Sila hubungi:

Pn Mazdiana Mohd. Zain
E-mel: mazdiana[at]frim.gov.my
Tel: 03-6279 7514