Tapak perkhemahan Kem Perah sangat popular bagi membuat aktiviti secara berkumpulan. Kawasan seluas 300 m² ini boleh menempatkan 120-150 orang dalam satu-satu masa. Tapak perkhemahan ini dibina di kawasan terpencil lengkap dengan kemudahan yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti rekreasi luar. Antara kemudahan yang disediakan ialah tapak kem, dapur, dewan, calet “A Hut”, tandas, bangku, obstacle run dan sebagainya. Di sini juga disediakan beberapa kemudahan untuk disewa seperti khemah, sleeping bag, teropong, kompas dan pelbagai lagi kelengkapan untuk aktiviti.
Kem Perah terletak di kaki bukit dengan dikelilingi oleh kehijauan pokok, ditambah dengan bunyi-bunyian hutan menjadikan kawasan ini amat sesuai bagi mereka yang inginkan pengalaman perkhemahan rimba yang sebenar.
Kem yang mula beroperasi pada Mei 2001 ini telah menerima ramai pengunjung dari dalam dan luar negara. Walaupun kem ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan pengunjung, ia tidak mencacatkan pengalaman rimba pengunjung.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
Sila patuhi arahan Panduan Pelawat FRIM ketika menjalankan aktiviti di atas.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pusat Informasi Pelawat (VIC)
Tel: 03-6279 7592 / 03-6279 7649
E-mel: frim_enquiry[at]frim.gov.my