Taman Botani Kepong dibangunkan sebagai pusat koleksi tumbuhan hidup terutamanya untuk tumbuhan Malaysia. Taman ini mewujudkan peluang-peluang penyelidikan dalam bidang botani, hortikultur, landskap, dan bidang-bidang yang lain berkaitan. Tumbuh-tumbuhan dari hutan akan dikumpulkan secara sistematik dan ditanam di taman ini untuk paparan serta sebagai pusat pemuliharaan ex-situ. Hortikultur dan pendidikan landskap, penyelidikan dan pembangunan merupakan satu lagi ciri yang istimewa taman ini.
Sila patuhi arahan Panduan Pelawat FRIM ketika menjalankan aktiviti di atas.