Project Description


Aglaia korthalsii merupakan ahli kaum Meliaceae. Dari segi saiz, spesies ini adalah kecil atau bersaiz sederhana, mencapai ketinggian 26 m, ukuran diameter 70 cm dan mempunyai banir segi tiga. Batang pokok pucat kemerah-merahan atau gelap perang kemerah-merahan atau merah jambu coklat atau oren coklat. Habitat spesies ini termasuklah hutan primer, sungai, paya gambut; pada tanah liat, tanah gembur, batu kapur dan batu pasir. Dahulunya, spesies ini ditanam sebagai pokok buah-buahan di kampung-kampung di Kelantan dan Terengganu. Buahnya kaya dengan vitamin C (10 mg/110 gm; dikatakan sama dengan kandungan epal). Orang utan dan ungka tangan putih gemar memakan buah spesies ini. Selain itu, kayunya juga digunakan sebagai tiang rumah. Nama tempatan di Semenanjung Malaysia ialah kiah, piah, keriah, sekeriah, kriah, keriat. Di Sabah pula, nama tempatannya ialah langsat munchit (Sungei), lantupak and lantupak burung (Dusun Kinabatangan); dan segera (Iban) di Sarawak. Pokok A. korthalsii boleh dilihat di Fruit Tree Arboretum dan bersebelahan pintu masuk utama Sekolah Kebangsaan Kepong. Pokok-pokok ini berbunga lebat dalam masa dua minggu pertama bulan Oktober 2012.

Disiarkan pada 19 Oktober 2012. Suhu mingguan diantara 24° ke 32°C dengan hujan dan petir. Artikel disediakan oleh Norsham Y. dan gambar oleh Zawiyah N. dan Naimah L.