Project Description

Firmiana malayana atau kalumpang tumbuh di tepi-tepi sungai dan kawasan-kawasan terbuka di Semenanjung Malaysia dari Gemas ke utara dan kadang-kadang ditanam di kawasan penempatan manusia. Pokok yang juga dikenali sebagai mata lembu ini boleh membesar sehingga ketinggian 20 meter. Kulitnya kelabu keperak-perakan sementara daunnya lebar dan mempunyai bulu-bulu halus di bahagian bawah. Bunga mata lembu berwarna jingga terang, dalam jambakan yang panjangnya sehingga 12 cm. Firmiana malayana akan menggugurkan kesemua daun-daunnya selepas musim kering dan terus berada dalam keadaan demikian selama enam hingga lapan minggu. Pada masa yang sama, bunga-bunganya akan muncul dan menjadi buah dalam masa empat hingga lima minggu kemudian sebelum keluarnya daun yang baharu. Burung-burung tertarik dengan warna bunga yang cantik lalu hinggap untuk menyedut madu bunga dan dengan itu menyebarkan debunganya. Pokok tanpa daun dipenuhi dengan bunga-bunga jingga, dan buahnya yang berbentuk sampan kelihatan sangat menarik. Pokok ini boleh dilihat di hadapan pejabat Sumber Manusia FRIM (Bangunan B1). Firmiana malayana tergolong dalam famili Malvaceae. Status pemuliharaannya masih belum diketahui.

Vivid orange flowers of Firmiana malayana

Bunga jingga Firmiana malayana

Attractive Firmiana malayana flowers lure birds

Bunga Firmiana malayana menarik perhatian burung

Vivid orange Firmiana malayana flowers

Bunga jingga Firmiana malayana