Project Description

Dryobalanops oblongifolia atau keladan merupakan spesies daripada famili Dipterocarpaceae, berhubungan rapat dengan kapur atau Dryobalanops aromatica yang merupakan sumber penting kapur barus. Nama spesies oblongifolia merujuk kepada bentuk daunnya (oblongus = agak panjang dan folium = daun) sementara aromatica merujuk kepada ciri beraroma pokok kapur. Kayu balak daripada keladan sederhana berat dan didagangkan dalam kumpulan kapur. Ia digunakan untuk jeti, jambatan, pembinaan kapal dan pelapik rel keretapi. Buahnya boleh dimakan dan antara ulaman yang enak rasanya. Keladan merupakan pokok emergen, lebih kurang 55 m tinggi yang dijumpai di hutan-hutan   campur dipterokarpa Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia. Status pemuliharaannya ialah terancam menurut Symington (2004) tetapi dilaporkan berisiko rendah dalam IUCN Red Data book (2008).

Artikel oleh Khairudin K dan Noor Azlin Y. Dimuat naik pada 9 Januari 2014. Cuaca mingguan berawan dan hujan, suhu di antara 29° hingga 32° Celcius.