Project Description



Pterocarpus indicus ialah spesies daripada kaum Fabaceae. Dikenali sebagai angsana atau sena, pokok ini amat sesuai ditanam untuk memberi teduhan. Merupakan antara spesies terawal yang diperkenalkan untuk tanaman bandar lewat 1800’s, pada masa ini sena masih popular ditanam di pinggir-pingir jalan, taman-taman dan kawasan terbuka. Sena mula-mula ditanam di kampus FRIM sebagai pokok teduhan sebelum pokok balak ditanam dalam tahun 1927. Pada masa ini beberapa pokok masih boleh dilihat di kampus FRIM. Sena cepat membesar dan mudah ditanam semula. Bunga-bunganya amat menyerlah kerana ia keluar serentak, menutupi seluruh silaranya. Bunga-bunga kuning yang gugur di atas tanah seperti hamparan yang menutupi bumi, memberikan pemandangan yang sangat indah. Kayu daripada pokok sena juga sangat cantik, merah serta berbau wangi dan amat sesuai untuk dijadikan perabot.

Pada tahun 2013, angsana berbunga sejak 15 Mac. Sekali lagi bunga-bunga kuning menghiasi pemandangan di kolam utama FRIM.

Sena trees can be seen flowering near the main ponds at FRIM since the second week of March 2012.

Pokok sena sedang berbunga berhampiran kolam utama FRIM sejak minggu kedua Mac 2012.

Sena flowers collected on aquatic plants

Bunga sena terkumpul di kelopak teratai

Sena flowers carpeting the ground

Bunga sena yang gugur menutupi tanah

FRIM visitors enjoying the view

Pelawat sedang menikmati keindahan FRIM

Yellow carpets of sena petals

Kelopak sena bagaikan hamparan

Angsana or Pterocarpus indicus flowers turned into fruits at the end of April 2012. Pictures by Asmar Hassan taken on 28 May 2012.

Bunga angsana atau Pterocarpus indicus bertukar menjadi buah pada akhir April 2012. Gambar diambil oleh Asmar Hassan 28 Mei 2012.