Project Description

Mangifera gedebe tergolong dalam famili mangga dan taburan asalnya ialah Jawa Barat, Sumatera and timur Borneo. Secara tempatan ia dikenali sebagai kedepir, gedepir atau repeh. Buahnya hanya boleh dimakan waktu ia muda dan rasanya sangat masam. Apabila masak, isinya sangat nipis dan keras. Kayu pokok ini digunakan secara tradisi dalam pembuatan rumah, terutamanya untuk dinding di bahagian timur Kalimantan.

Terdapat rekod yang menyatakan pokok-pokok di tebing-tebing sungai berbunga pada bulan Jun hingga September dan berbuah pada bulan Ogos sehingga November. Di FRIM, selepas dua setengah tahun, pokok ini berbuah untuk pertama kalinya. Pokok yang sedang berbuah boleh dilihat di Arboretum Buah-buahan.

Prepared by Noor Azlin Y. Posted on 17 October 2013. The weekly weather was 23° to 34°C and rainy.