Project Description

Tabebuia pentaphylla berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman. Di Malaysia, Tabebuia pentaphylla juga dikenali sebagai pokok “Cherry Blossom” Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga. Tabebuia pentaphylla yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies “pentaphylla” dalam bahasa Latin merujuk kepada lima “jejari” daunnya dimana “penta” bermaksud “lima” dan “phylla” bermaksud “daun”. Pokok ini juga dikenali sebagai “pokok kertas tisu” kerana ranggi bunganya yang nipis. Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipê rosa.

Tabebuia memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat. Sepohon pokok Tabebuia pentaphylla yang besar boleh dilihat sedang berbunga pada minggu terakhir Mei, 2012 di hadapan bangunan Pentadbiran Utama (D2) FRIM. Di FRIM juga terdapat pohon Tabebuia ochracea berhampiran bangunan D3. Pohon ini telah mengeluarkan bunga-bunga kuning yang cantik pada minggu terakhir Januari 2012.

*Semua gambar oleh Asmar Hassan kecuali gambar daun oleh Azahari Mohd. Yussof.

Bunga merah jambu Tabebuia yang menawan.
 
T. pentaphylla di hadapan bangunan Pentadbiran Utama (D2).
 
Nama spesifik pentaphylla dalam bahasa Latin bermaksud lima (penta) daun (phylla).

T. pentaphylla mula berbunga lagi dalam minggu pertama April 2013. Gambar oleh Asmar H.

 

T. pentaphylla di hadapan bangunan Pentadbiran Utama (D2).

 

Nama spesifik pentaphylla dalam bahasa Latin bermaksud lima (penta) daun (phylla).