Project Description

 

Alphonsea maingayi merupakan ahli kaum Annonaceae. Spesies ini merupakan spesies asal Semenanjung Malaysia dan boleh didapati di Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan ke selatan semenanjung. Biasa dikenali sebagai pisang-pisang batu, pepisang bukit, mengkudang atau terbak, pokok ini bersaiz sederhana dengan kulit kayunya berwarna hitam dan bercabang rendang. Ranting-ranting serta serpihan kayunya berbau seperti timun. Pokok-pokok ini yang boleh dilihat berhampiran pintu masuk FRIM mula berbunga dari Disember 2011 sehingga Januari 2012 dan mula berbuah pada bulan Februari. Rasa buahnya masam-masam manis dan enak dimakan. Dengan buahnya yang kuning menarik, pokok ini juga amat cantik untuk dijadikan tanaman hiasan.

Alphonsea maingayi trees can be observed near FRIM’s entrance

Pokok pisang-pisang batu boleh dilihat berhampiran pintu masuk FRIM

The Alphonsea maingayi trees are suitable to be planted for ornamental purposes

Pokok pisang-pisang sesuai ditanam sebagai pokok hiasan

The fruits of Alphonsea maingayi are attractive and edible

Buah pisang-pisang amat menarik dan boleh dimakan