Project Description

Dracontomelon dao atau pokok sengkuang tergolong dalam famili Anacardiaceae, sama seperti pokok mangga. Secara komersial, pokok ini juga dikenali sebagai Pacific walnut. Pokok ini dijumpai secara semula jadi di kawasan sungai dan hutan batu kapur di Cambodia, China, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Papua New Guinea, Filipina, Kepulauan Solomon dan Thailand. Nama spesiesnya, dao, diambil daripada bahasa Tagalog, Filipina. Sengkuang boleh membesar sehingga 40 meter tinggi. Kayu sengkuang digunakan dalam pembuatan venir, perabot, kabinet dan meja.

Pucuk serta buahnya yang dijeruk boleh dimakan. Status pemuliharaan spesies ini adalah terancam. Barisan pokok sengkuang boleh dilihat berhampiran padang bola FRIM, berhadapan Rumah Melaka. Buahnya yang dalam pelbagai peringkat kematangan mula kelihatan pada akhir Mei 2012. Buah ini yang pada mulanya berwarna hijau akan bertukar coklat, menyerupai sengkuang ubi yang dimakan mentah oleh penduduk Asia.

Gambar oleh Azahari Mohd Yusoff dan Naimah Long.

Buah sengkuang yang matang.
 
Buah sengkuang muda.

Buah sengkuang yang matang.

 

Buah sengkuang muda.

     
Barisan pokok sengkuang
Barisan pokok sengkuang berhampiran padang bola FRIM. Sesetengah pokok mempunyai daun yang lebih gelap daripada pokok lain.