Project Description

Amhertia nobilis in front of building D6, FRIM

Amhertia nobilis di hadapan Bangunan D6 Pusat Perkhidmatan Setempat (PPS).

Amherstia nobilis kemungkinan merupakan pokok berbunga yang paling cantik dan sangat sesuai dengan gelarannya sebagai “Ratu Pokok Berbunga”. Taburan asalnya terhad kepada beberapa kawasan di Burma, sebab itulah digelar juga “Pride of Burma”. Nama saintifik pokok ini ialah sempena nama Lady Sarah Amherstia, salah seorang pengumpul tumbuh-tumbuhan yang termasyhur di Asia pada abad ke-19. Daun-daun baharunya kelihatan seperti sapu tangan, berumbai-umbai dari dahannya. Pada peringkat awal, warnanya kelabu, bertukar menjadi gelap keungu-unguan dan akhirnya berubah menjadi hijau apabila matang. Pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga 10 m. Amherstia nobilis mengeluarkan bunga sepanjang tahun. Bunganya berwarna merah, berbintik-bintik kuning kelihatan seperti orkid yang besar. Pokok ditanam menggunakan biji benih, walaupun jarang ditemui, cara tut merupakan kaedah pembiakan yang sesuai bagi pokok hiasan yang sungguh cantik ini.

A young flower bud. Picture taken by Nor Azlin M. F.

Peringkat awal bunga. Gambar diambil oleh Nor Azlin M. F.

Amhertia nobilis, picture taken in February 2012

Amherstia nobilis sedang berbunga, gambar diambil pada bulan Februari 2012.

The new leaves are in flaccid pale grey tassels that turn purplish and then green as they open.

Daun muda Amherstia nobilis berumbai lembut umpama sapu tangan yang berwarna kelabu dan bertukar warna keunguan sebelum ia terbuka seperti daun hijau biasa.