Project Description





Shorea hemsleyana (meranti daun besar) merupakan ahli kumpulan meranti merah kaum Dipterocarpaceae yang dijumpai di hutan-hutan paya. Ukur lilit pokok ini biasanya kurang daripada 2 m tetapi kadangkala ia boleh menjangkau sehingga 2.5 m. Bentuk daunnya bujur tirus atau bujur membulat, saiznya kadang-kadang sehingga 35 x 15 cm, kasar dengan bulu yang berpecah, menyerupai bintang pada urat bawah daun. Selain Semenanjung Malaysia, spesies ini juga boleh di Thailand dan Sumatera. Status pemuliharaan spesies ini “terancam kritikal”. Populasi semasa di Semenanjung Malaysia hanya tertumpu pada dua tempat di Perak, Universiti Teknologi Mara and Universiti Teknlologi Petronas, dengan 142 pokok. Pokok ini yang bunga-bunganya berguguran pada penghujung bulan Mac yang lalu boleh dilihat di Jalan Balau FRIM.

Teks oleh Norsham S.Y., disiarkan pada 2 Mei 2013. Suhu mingguan antara 31° – 34°C.