Project Description

Syzygium campanulatum tergolong dalam famili Myrtaceae atau kaum jambu. Ia berasal dari Asia Tenggara dan sangat popular sebagai tanaman landskap bandar kerana ketahanan dan kebolehan adaptasinya. Dikenali juga sebagai kelat paya, spesies ini mudah ditanam sama ada sebagai pokok, pagar atau dijadikan topiari. Syzygium campanulatum mengeluarkan pucuk-pucuk daun merah jambu yang menarik sepanjang tahun terutamanya selepas dicantas.

Di pintu masuk FRIM, pokok-pokok S. campanulatum ditanam pada tahun 2011 sebagai tabir penghadang. Pokok-pokok yang ditanam pada tahun 2011 pula boleh dilihat di Kafetaria FRIM sementara pokok yang ditanam pada tahun 2005 boleh dilihat di Taman Botani Kepong. Pokok-pokok kelat paya juga dapat dilihat di pelbagai tempat lain di FRIM, agak menonjol dengan berbentuk kon dan pucuk mudanya yang kemerah-merahan.

Artikel oleh Noor Azlin Y dan Azahari MY, 30 January 2014. Cuaca mingguan antara 23°hingga 33°C dan berawan.