Project Description

Ziziphus mauritiana yang juga dikenali sebagai bidara, Chinese apple, jujube, Indian plum atau masau tergolong dalam famili hamnaceae dan berasal dari rantau Indo-malaya. Pokoknya sehingga 15m tinggi, dengan silara yang mengembang, berduri stipular dan
mempunyai dahan-dahan yang berjuntaian. Buahnya dalam pelbagai bentuk, agak ranum dan beraroma yang menyenangkan serta boleh dimakan oleh manusia. Ia juga dimakan oleh tupai dan burung. Di Australia, pokok ini dikatakan tumbuhan  rumpai yang buahnya dimakan oleh lembu ternakan.

Pokok bidara boleh dilihat sedang berbunga dan berbuah berhampiran Tapak Semaian FRIM.