NRE anjur perhimpunan khas di FRIM

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

6 September 2017 (Rabu) – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah menganjurkan satu Perhimpunan Khas 1NRE bersama Menteri YB Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 3 September lalu.

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, satu majlis korban juga diadakan di Masjid Jamek FRIM. Sambutan Ibadah Korban Perdana 1NRE ini julung-julung kali diadakan oleh NRE selaras dengan hasrat Menteri yang ingin menyambut semua sambutan dan perayaan bersama-sama warga NRE.

Bagi melaksanakan ibadah korban ini, Wan Junaidi telah menyumbangkan enam (6) ekor lembu; Timbalan Menteri NRE, YB Datuk Ir Dr Hamim Samuri, tiga (3) ekor sementara Masjid Jamek FRIM pula, lima (5) ekor lembu.

Sebagai tuan rumah, FRIM amat berbangga dan berbesar hati kerana dipilih sebagai lokasi penganjuran Majlis Korban Perdana 1NRE.

Seramai hampir 600 orang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, kakitangan serta ahli keluarga dari semua agensi di bawah NRE termasuk penghuni kuarter FRIM serta penduduk sekeliling kampus FRIM telah menghadiri majlis ini.

Penganjuran program ini diadakan secara gotong-royong dengan melibatkan semua bahagian dan jabatan di bawah NRE bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga NRE.

Turut hadir, isteri Menteri, Datin Sri Fiona Sim; isteri Timbalan Menteri, Datin Asiah Mohd Nor; Timbalan Ketua Setiausaha NRE (Pengurusan Alam Sekitar) Dato’ Sr Dr Azimuddin Bahari; Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan (BBP), Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod; isterinya Datin Halidah Kasmin; bekas KP FRIM pertama, Tan Sri Dr Salleh Mohd Noor serta isteri, Puan Sri Noraini Zainol Rashid.

5 (100%) 2 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast