Timbalan Menteri NRE, penduduk Ledang lawat FRIM

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

22 Disember 2015 (Selasa) – Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), YB Datuk Ir Hamim Samuri telah mengetuai rombongan lawatan 50 penduduk dari Ledang ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong semalam.

Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk mengetahui aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dilaksanakan oleh FRIM berkaitan herba serta meninjau potensi herba dalam menjana sumber ekonomi.

Rombongan dibawa melawat tapak Rumah Hijau Kacip Fatimah di bawah kelolaan Pegawai Penyelidik FRIM, Dr Farah Fazwa Mohd Ariff. Farah bersama penyelidik lain iaitu Siti Suhaila A. Rahman dan Ahmad Fauzi Mohd Shariff telah memberi taklimat mengenai aktiviti-aktiviti penyelidikan berkaitan penanaman herba.

Turut hadir, Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod; Timbalan KP (Operasi), Dr Rahim Sudin; Timbalan KP (Penyelidikan), Dr Ismail Harun; Pengarah Hasilan Semulajadi, Dr Rasadah Mat Ali; dan Naib Presiden Kanan Program Bioekonomi dan Bahagian Pengurusan Pelaksana Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp), Zurina Che Dir.

Timbalan Menteri NRE bersama KP FRIM dan Timbalan KP (Penyelidikan) juga menanam pokok kacip fatimah (iaitu Labisia purmila var. alata, var. pumila dan var. lanceolata) sebagai tanda peringatan program ini.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast