Pakar biodiversiti ASEAN melawat FRIM

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

29 September 2017 (Jumaat) – Para peserta ‘Bengkel Perancangan Pelan Tindakan Serantau Inisiatif Taksonomi Global (GTI) Asia Tenggara 2017-2025’ telah mengadakan lawatan lapangan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 21 September lalu.

Bengkel ini bertujuan menyediakan platform bagi perbincangan dan perkongsian strategi serta tindakan untuk menyelesaikan masalah taksonomi; dan menentukan hala tuju GTI di ASEAN selama lapan tahun yang akan datang selaras dengan Wawasan ASEAN 2025.

Majlis pembukaan bengkel ini dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan (BBP) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian pada 19 September lalu. Beliau juga merupakan National Focal Point ‘ASEAN Working Group on Nature Conservation and Biodiversity (AWGNCB)’ untuk Malaysia.

Bengkel tiga hari yang dianjurkan oleh Pusat Biodiversiti ASEAN (ACB) ini dihadiri oleh 28 peserta dari negara-negara ASEAN termasuk ahli botani FRIM iaitu Dr Richard Chung, Dr Sam Yen Yen dan Syahida Emiza Suhaimi.

Para peserta melawat herbarium, arboreta dan Denai Salleh untuk memahami penyelidikan dan pembangunan (R&D) biodiversiti FRIM serta kekayaan biodiversiti dalam hutan buatan manusia ini.

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast