Pasukan barisan hadapan FRIM bincang isu terkini

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

10 Ogos 2017 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan sesi Taklimat Barisan Hadapan yang kedua tahun ini di Bilik Mesyuarat Licuala semalam untuk membincangkan isu-isu dalam kampus FRIM.

Objektif taklimat ini adalah untuk menyampaikan maklumat mengenai pembangunan dan perkembangan terkini serta menyediakan platform bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit yang boleh memberi kesan terhadap perkhidmatan pelanggan.

Sesi ini dipengerusikan oleh Ketua Komunikasi Korporat (CCU), Norhayati Nordin yang memaklum kepada semua pihak aktiviti-aktiviti utama yang akan diadakan di FRIM pada sepanjang penghujung tahun ini.

Beliau mencadangkan supaya semua yang terlibat dalam pasukan barisan hadapan untuk mengikuti perkembangan dalam kampus melalui Facebook FRIM yang sentiasa dikemaskini oleh CCU.

Norhayati juga menyeru semua pihak untuk membuat hiasan terutamanya di Pusat Informasi Pelawat (VIC), pondok pengawal keselamatan di pintu masuk utama serta Bangunan Pentadbiran (D1) bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Ketua Program Pengurusan Tapak Warisan FRIM, Noorsiha Ayop dijemput membuat pembentangan mengenai pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan dalam kampus FRIM ke arah pencapaian status Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Ketua Cawangan Pentadbiran, Liza Ismail dan Ketua Cawangan Pendidikan Alam, Nik Azzyati Abdul Kadir turut hadir untuk memberi ‘update’ mengenai isu-isu yang dibangkitkan pada sesi taklimat lalu.

Seramai 30 staf FRIM yang mewakili CCU, VIC, Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar, Program Hutan Asli, pihak pengawal keselamatan, pentadbiran dan pasukan Bike Rangers menyertai taklimat ini.

5 (100%) 1 vote

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast