Wakil SEAMEO BIOTROP lawat FRIM

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

19 Februari 2016 (Jumaat) – Dua orang wakil dari Southeast Asian Regional Centre for Tropical Biology (SEAMEO BIOTROP), Java Barat, Indonesia, telah melawat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong pada 17 Februari lalu untuk mengadakan perbincangan berkenaan kepentingan bersama.

Dr Irdika Mansur, Pengarah SEAMEO BIOTROP dan Dr Jess C. Fernandez, Timbalan Pengarah Program, sedang mengadakan lawatan selama empat hari di Malaysia mulai 15 Februari yang bertujuan memperluaskan rangkaian institusi rakan kongsi SEAMEO BIOTROP yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertanian dan ekosistem hutan di Asia Tenggara.

Mereka disambut oleh Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod yang memberi penerangan tentang FRIM termasuk latar belakang, program serta aktiviti-aktiviti R&D yang dilaksanakan. Turut hadir ialah Dr Norwati Muhammad, Ketua Program Bioteknologi.

Selepas penerangan tersebut, mereka berbincang mengenai kemungkinan kedua-dua pihak mengadakan usahasama dalam bidang bioteknologi perhutanan.

Sebelum bersurai, Irdika menyampaikan cenderahati kepada Abd Latif yang juga menghadiahkan kepada Irdika dua naskah buku terbitan FRIM.

Selain daripada FRIM, mereka juga telah melawat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI); Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekular, Universiti Putra Malaysia; dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast