Komersialisasi

Last modified: September 27, 2016

Sedang Malaysia bertransisi kepada ekonomi berasaskan-pengetahuan, institusi penyelidikan seperti FRIM perlu memainkan peranan strategik untuk menghasilkan ilmu-ilmu baru daripada aktiviti-aktiviti sains dan teknologinya serta menjana hasil daripada modal intelek tersebut. Dalam ekonomi baru, modal intelektual ialah satu-satunya faktor untuk kemampanan.

FRIM berhasrat untuk menggunakan posisinya sebagai organisasi penyelidikan yang berdaya saing serta kuasanya sebagai penjana ilmu pengetahuan untuk menghasilkan modal intelektual dalam bentuk produk-produk, perkhidmatan, pemprosesan dan metodologi yang berdaya inovatif, bernilai serta memenuhi permintaan pasaran.

Bahagian Inovasi & Komersialisasi (ICD) bertindak mengurus harta intelek FRIM yang pelbagai – melindung, mengeksploitasi serta memperkembangkan portfolio itu dalam keadaan ekonomi yang semakin sengit dan berpandu-harta intelek.

Strategi pengkomersilan jangka masa panjang FRIM adalah untuk terus menumpu pada kekuatannya dalam penyelidikan, lalu mengagihkan keperluan untuk ke pasaran kepada rakan kongsi strategiknya. FRIM boleh mengambil kesempatan ke atas kepakaran serta pengetahuan dalam industri berasas-perhutanan, namun ia sentiasa berhasrat untuk diketemukan dengan rakan yang dapat menyumbang dari segi pengalaman dalam pengilangan, pembiayaan, kelebihan pemasaran, dan keupayaan dalam pembangunan produk.

Melalui sebuah strategi pengkomersilan yang bersepadu, holistik dan berstruktur, FRIM mampu untuk membantu kerajaan meningkatkan keupayaan industri berasas-perhutanan untuk menghasilkan produk-produk serta perkhidmatan-perkhidmatan baru yang berupaya untuk meningkatkan jumlah pendapatan, mencipta kemahiran atau kecekapan baru dan lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang ramai.

FRIM teramat bangga dengan pencapaiannya dalam inovasi dan dalam perancangan untuk anjakan strategi yang akan membawa kepada perubahan positif dalam bentuk produk, perkhidmatan atau proses yang bakal memberi impak positif kepada ekonomi, perniagaan, perkhidmatan awam, kebajikan sosial mahupun persekitaran.

ICD telah ditugaskan untuk mengurus portfolio harta intelek FRIM. Selepas proses penciptaan nilai melalui aktiviti penemuan, pembangunan teknikal serta penghasilan produk oleh bahagian R&D, ICD akan menjaga dan melindungi nilai-nilai tersebut melalui pengurusan harta intelek yang proaktif. Penambahan nilai didapati lagi selepas penggandingan bersama rakan industri dan rakan niaga melalui pengkomersilan, pelancaran produk, penembusan pasaran, penggandaan jualan serta penjenamaan.

Untuk pelaburan, kerjasama atau untuk memperkembangkan pembangunan IP, sila hubungi Ketua Cawangan Komersialisasi & Inkubasi pada +603-6279 7509.

Inovasi di FRIM telah menjalani fasa penyelidikan dan pembangunan yang ekstensif oleh saintis-saintis yang bertauliah, menggunakan hanya bahan-bahan, perkakasan serta prasarana yang berkualiti tinggi. Ia seharusnya juga telah memuaskan rangka etika, undang-undang serta peraturan-peraturan yang seada.

FRIM, sebagai sebuah organisasi berasaskan pengetahuan, telah mengecam bahawa keperluan komersialisasi perlu terutamanya dipandu oleh strategi IPR (hak harta intelek). Secara amnya, pilihan-pilihan yang terbuka kepada FRIM untuk komersialisasi adalah melalui:

  1. Pelesenan
  2. Penyerahan (hak)
  3. Syarikat Start-up/Spin off
  4. Kerjasama

Untuk maklumat lanjut bagi setiap pilihan yang ada, sila hubungi Ketua Cawangan Komersialisasi & Inkubasi pada +603-6279 7509.

Tujuan Perkhidmatan Konsultansi FRIM adalah untuk menyediakan khidmat penyelidikan komersil kepada masyarakat, yang dijalankan oleh panel pakar-pakar yang berkelayakan dan telah menimba pelbagai ilmu serta pengalaman dalam bidang mereka. Perkhidmatan konsultansi pada kebiasaannya telah dilaksanakan untuk sektor perhutanan dan industri produk-produk hutan.

Pihak-pihak yang berminat dan mempunyai cadangan penyelidikan boleh berhubung terus dengan penyelidik, atau secara alternatifnya menghantar permohonan melalui ICD. ICD akan mengadakan perbincangan awal bersama penyelidik dan pelanggan untuk mendapatkan gambaran projek konsultansi untuk diberikan, dan seterusnya menyediakan dokumen perjanjian.

Jika dipersetujui, cas perkhidmatan akan dikenakan ke atas pelanggan, termasuk bayaran kepada penyelidik, perbelanjaan operasi serta kos-kos pengurusan dan pentadbiran. Perkhidmatan konsultansi atau penyelidikan kontrak tidak akan mengakibatkan pemindahan hak milik IP berdasarkan persetujuan bersama.

Untuk maklumat lanjut tentang prosedur permohonan, sila hubungi Wakil Cawangan Konsultansi pada +603-6279 7508 atau email kepada izan[at]frim[dot]gov[dot]my.

No. Consultantion Field Description
1 Flora Khidmat Perundingan berkaitan:

  • Botani (taksonomi tumbuhan, pengurusan dan kepelbagaian flora hutan tropika)
  • Patologi (penyakit tumbuhan seperti pengecaman penyakit, kenalpasti patogen, pengurusan dan kawalan penyakit)
  • Mikologi hutan (pemuliharaan, penyimpanan dan diversiti cendawan hutan)
  • Pemuliharaan dan biodiversiti informatik [pemuliharaan hutan (fenologi/ pemetaan dan pemantauan spesies tumbuhan terancam) dan biodiversiti informasi]
2 Fauna Khidmat Perundingan berkaitan:

  • Inventori, ekologi dan pemuliharaan dalam bidang zoologi
  • Inventori, taksonomi, pemuliharaan dan ekologi serangga serta kajian serangga perosak
3 Soil Khidmat Perundingan berkaitan:

  • Kimia tanah (menentukan status kesuburan tanah, keperluan pembajaan dan penilaian kaedah mitigasi terbaik untuk meningkatkan kesuburan tanah)
  • Survei tanah (penilaian tanah, kesuburan tanah, pemakanan pokok dan pengesoran dalam pengurusan tanah hutan)
4 Hydrology Khidmat Perundingan berkaitan:

  • Kualiti air, isipadu sumber air, enapan, hakisan, intersepsi, dan kelembapan tanah serta sistem yang dibangunkan
  • Teknik perancangan menggunakan kaedah simulasi/model untuk meramalkan perubahan yang berkaitan dengan kualiti air, isipadu sumber air, enapan, hakisan, intersepsi, kelembapan tanah dan kitaran nutrien
  • Kitaran Nutrien (peranan nutrien yang dikitarkan melalui perubahan struktur dirian hutan, air hujan, tasik dan aliran sungai)
5 Ecophysiology Khidmat Perundingan berkaitan:

  • Kesan perubahan alam sekitar terhadap tumbesaran dan fisiologi spesies tumbuhan
  • Penghasilan teknologi tanaman, rawatan silvikultur spesies pokok dalam perhutanan kawasan bermasalah dan terbiar
  • Kaedah pengukuran simpanan karbon
6 Ecotourism Khidmat Perundingan berkaitan:

  • Produk dan kemudahan ekopelancongan
  • Teknik pengurusan berkesan dalam bidang rekreasi hutan
7 Climate Change Khidmat Perundingan berkaitan:

  • Inventori gas rumah hijau- menjalankan pengiraan karbon untuk sektor perubahan guna tanah dan perhutanan
  • Mitigasi untuk menentukan pelepasan gas rumah hijau

2.3 (46.67%) 9 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast