Hentikan pembakaran terbuka di FRIM!

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara


12 Januari 2016 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menggesa pengunjung untuk menghentikan pembakaran terbuka serta pembuangan sampah di kampus FRIM, terutamanya di Tapak Perkelahan Sg. Kroh.

Baru-baru ini, anggota keselamatan FRIM menemui beberapa kes pembakaran terbuka dan memasak oleh pengunjung terutamanya pada hujung minggu. Pada hujung minggu lepas, didapati empat kumpulan telah menghidupkan unggun api untuk memasak di sekitar kawasan air terjun. Tambahan pula, FRIM juga menerima aduan daripada pengunjung lain yang kecewa dengan aktiviti pembakaran dan pencemaran udara.

Selain daripada pencemaran udara, pembakaran akan menjejaskan kesihatan pokok dan juga boleh menyebabkan kebakaran hutan.
Kebanyakan pelawat berkenaan memberi alasan tidak mengetahui peraturan larangan pembakaran di dalam kampus FRIM.

Pihak FRIM ingin memaklumkan bahawa sisa makanan terbiar boleh menarik kehadiran tikus dan juga ular yang menjadi pemangsa kepada tikus. Jika infestasi tikus tidak dikawal dengan rapi, wabak leptospirosis yang serius mungkin berlaku.

“Kami menggesa semua pengunjung supaya mematuhi peraturan FRIM termasuk tidak membuat pembakaran terbuka dan tidak membuang sampah merata-rata. Ketiadaan papan tanda dan tidak tahu tentang peraturan tidak boleh dijadikan alasan,” kata Ketua Komunikasi Korporat FRIM Norhayati Nordin.

Dalam perkembangan lain, amaran tegas juga diberi kepada penduduk FRIM yang membuat pembakaran sampah serta daun-daun kering terutamanya pada waktu petang. Memandangkan cuaca panas diramalkan dalam beberapa bulan akan datang, FRIM akan lebih tegas dalam memantau kawasan kampus.

Maklumat lanjut mengenai peraturan FRIM boleh dicapai di laman web FRIM: http://www.frim.gov.my/attractions/visitors-guide-in-frim-campus/?lang=ms.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast