Posts Tagged ‘CSR’

MyCEB tanam pokok di FRIM

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara


Puan Norhayati briefing MyCEB staff

Puan Norhayati memberi taklimat berkenaan FRIM kepada kakitangan MyCEB.

19 Disember 2011 (Isnin) – Seramai 25 orang kakitangan Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) yang diketuai oleh En. Zulkefli Hj Sharif, Ketua Pegawai Eksekutifnya, telah menanam 50 anak pokok Chengal (Neobalanocarpus heimii) pada 16 Disember 2011 di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai sumbangannya kepada alam sekitar.

Ranger Zakaria

Ranger Renjer Zakaria (berbaju merah) memberi taklimat kepada peserta rombongan MyCEB berkenaan cara menanam pokok.

Bersempena dengan aktiviti penanaman pokok ini, MyCEB juga akan menanam sejumlah 100 batang pokok lagi di FRIM sebagai tanda hati kepada para peserta Malaysia Meetings Innovation 2011 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan September lalu.

Rombongan MyCEB disambut oleh kakitangan FRIM yang diketuai oleh Puan Norhayati Nordin, Ketua Pengurusan Korporat FRIM yang memberi mereka taklimat ringkas berkenaan FRIM. Mereka turut diberi taklimat cara-cara untuk menanam pokok oleh Renjer Zakaria Yusof.

Aktiviti menanam pokok ini juga adalah merupakan lanjutan dari Program Perniagaan Pelancongan Hijau Malaysia (Let’s Meet & Green) yang dilancarkan oleh MyCEB pada bulan November 2010 bertujuan menyokong komitmen kerajaan untuk mengimbangi pengeluaran karbon sebanyak 40% menjelang tahun 2020.

Cheque Presentation

Zulkefli menyampaikan cek kepada Puan Norhayati untuk aktiviti penanaman pokok di FRIM.

Program ini menggalakkan serta memudahkan mereka yang datang ke Malaysia untuk menghadiri persidangan atau seminar menyumbang kepada kempen menghijaukan Malaysia menerusi aktiviti-aktiviti penanaman pokok.

Para peserta yang berminat berpeluang menyumbang sekurang-kurangnya USD10 untuk digunakan bagi aktiviti-aktiviti penanaman pokok yang dikendalikan oleh MyCEB dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi membantu mengimbangi pengeluaran karbon yang berpunca daripada perjalanan mereka.

MyCEB staff begin planting

Zulkefli (kedua dari kanan) dan kakitangan MyCEB lain menanam pokok dengan diperhatikan oleh Ranjer Zakaria (berbaju merah).

Juruaudit derma RM25K untuk tanam pokok

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

KP FRIM (depan, ketiga dari kanan) bergambar dengan wakil-wakil IIA

KP FRIM (depan, ketiga dari kanan) bergambar dengan wakil-wakil IIA yang diketuai Wee (di sebelah kanannya) dan Zulkefli (di sebelah kirinya).

12 September 2011 (Isnin) – Lebih daripada 2,200 peserta Persidangan Antarabangsa Institut Juruaudit Dalaman (IIA) 2011 yang berlangsung pada bulan Julai lalu telah menyumbang sejumlah RM25,000 untuk penanaman pokok, selaras dengan hasrat program hijau Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).

Zulkefli Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, telah menyampaikan cek kepada Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong pada 25 Ogos 2011 untuk tujuan tersebut.

Abd Latif memuji pihak Penganjur Persidangan IIA atas sokongan mereka terhadap kempen kerajaan untuk menanam lebih banyak pokok untuk mengimbangi pengeluaran karbon.

Kata beliau, pihak penganjur persidangan ini merupakan pihak yang kedua menyertai inisiatif hijau MyCEB, selepas penganjur Kongres Akauntan Sedunia ke-18 yang berlangsung pada bulan November 2010  menderma sejumlah RM60,000 untuk penanaman pokok oleh FRIM.

Zulkefli berkata, beliau gembira dengan sumbangan daripada para perwakilan persidangan IIA dan berharap usaha ini akan menggalakkan lebih ramai lagi peserta acara-acara perniagaan lain yang diadakan di Malaysia untuk mengambil bahagian dalam program hijau MyCEB.

Semasa acara penyampaian cek

Dari kiri: Abd Latif, Zulkefli, Wee, Low dan Yong semasa acara penyampaian cek.

Program Perniagaan Pelancongan Hijau Malaysia yang dilancarkan oleh MyCEB pada bulan November 2010 bertujuan menyokong komitmen kerajaan untuk mengimbangi pengeluaran karbon  sebanyak 40% menjelang tahun 2020.

Program ini beroperasi atas persetujuan iaitu semasa proses pendaftaran, peserta persidangan diberi pilihan untuk menderma  sebanyak USD10 seorang ke arah program hijau bagi membantu mengimbangi pengeluaran karbon yang berpunca daripada perjalanan mereka.

Zulkefli diiringi oleh Wee Hock Kee, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan IIA, Josephine Low, Pemangku Presiden IIA Malaysia, Yong Ngeak Choo, Pengarah Eksekutif IIA dan beberapa wakil IIA lain.

Wee berkata: “Ini ialah aktiviti tanggungjawab sosial korporat pertama yang diadakan bersama MyCEB dan kami berharap usahasama ini akan menimbulkan kesedaran alam sekitar di kalangan 3,000 ahli kami untuk terus melibatkan diri dalam inisiatif-inisiatif seumpama ini di organisasi serta negara mereka masing-masing.”

FRIM kendali bengkel penanaman pokok di Perlis

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

Penolong Pengurus Stesyen Penyelidikan Mata Ayer FRIM

Mohd Ramly Mohd Saleh, Penolong Pengurus Stesyen Penyelidikan Mata Ayer FRIM, menyambut kedatangan para peserta.

03 Jun 2011 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah melaksanakan bengkel penanaman pokok hutan yang melibatkan sejumlah 20 murid-murid dan empat orang guru dari SK Kubang Gajah, Perlis, dan SK Taman Awana, Alor Setar, Kedah, dari 11 hingga 12 Mei 2011.

Bengkel yang diadakan di Stesen Penyelidikan FRIM Mata Ayer, Perlis, telah dianjurkan oleh tujuh fasilitator dari FRIM diketuai oleh Dr Noor Azlin Yahya, Ketua Eko Pelancongan dan Hutan Bandar. 

Program ini melibatkan penyampaian beberapa taklimat dan perlaksanaan aktiviti lapangan termasuk permainan, pemasangan khemah, lawatan ke Galeri Jati, dan demonstrasi penanaman pokok.

Antara taklimat yang diberi ialah berkenaan pentingnya penanaman pokok dan isu-isu perubahan iklim, serta cara penanaman, penjagaan dan keperluan pertumbuhan pokok. 

Sekumpulan peserta

Sekumpulan peserta menyusun suai gambar.

Terdapat dua orang guru dari setiap sekolah yang turut menyertai program tersebut. Juga hadir ialah dua wakil dari MTIB.

Bengkel ini ialah yang kedua diadakan tahun ini. Bengkel pertama telah dilaksanakan oleh FRIM di SMK Taman Pelangi Indah, Johor, pada 13-14 April lalu dengan penyertaan seramai 40 orang pelajar dan tiga orang guru.

Bengkel yang ketiga dijangka akan diadakan di Kem Perah, FRIM, Kepong, pada bulan Jun dengan penglibatan seramai 40 orang pelajar dari empat buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada Projek Penanaman Pokok Hutan di Kawasan Sekolah Seluruh Malaysia yang telah bermula tahun lalu dengan pembiayaan dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

Objektif projek ini:

  • Meningkatkan kepelbagaian spesies pokok-pokok hutan di kawasan sekolah di samping menekankan aspek-aspek pemuliharaan dan pendedahan terhadap pembelajaran mengenai pokok-pokok terpilih.
  • Memperkenalkan spesies pokok-pokok hutan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.
  • Memupuk minat dan meningkatkan kesedaran dari peringkat akar umbi terhadap kepentingan aktiviti penanaman pokok.
  • Memberi kesedaran mengenai tanggungjawab menghijaukan dan memelihara alam sekitar di peringkat sekolah.
  • Menyokong hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara taman yang maju dan berteknologi tinggi menjelang 2020 .
Semasa sesi penanaman pokok.

Semasa sesi penanaman pokok.

FRIM ialah pelaksana projek yang mempunyai ahli-ahli jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada wakil-wakil daripada Kementerian Pelajaran, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Malaysian Timber Industry Board (MTIB), Malaysian Timber Council (MTC) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

Di bawah projek ini, 17 buah sekolah dari setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya telah terpilih untuk penanaman pokok-pokok hutan berdasarkan kesesuaian kawasan sekolah. Pasukan FRIM telah melawati setiap sekolah tersebut antara bulan April hingga Oktober 2010 untuk penyediaan pelan lokasi penanaman pokok.

Foto kumpulan

Foto kumpulan yang diambil selepas aktiviti penanaman pokok.

 

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast