Ceramah evolusi spesies endemik di Gunung Kinabalu

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara


25 Mac 2016 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan ceramah yang disampaikan oleh ahli taksonomi dari Taman Botani Singapura (SBG), Dr Daniel Thomas, di Bilik Mesyuarat Durio, FRIM, Kepong semalam.

Seramai 22 penyelidik FRIM dari bahagian biodiversiti hutan dan bioteknologi perhutanan menghadiri ceramah yang bertajuk ‘Evolution of endemism in a tropical biodiversity hotspot: Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia’.

Thomas berkongsi hasil penyelidikan sepasukan saintis yang terdiri dari pelbagai disiplin dalam mengkaji evolusi pelbagai organisma termasuk lumut, paku-pakis, tumbuhan berbunga, kulat dan haiwan di Gunung Kinabalu. Hasil kajian ini amat penting bagi pemuliharaan spesies endemik dalam ekosistem hutan tanah tinggi.

Thomas menamatkan pengajian di peringkat PhD di Royal Botanic Garden Edinburgh, United Kingdom pada 2010; dan pernah mengajar di University of Hong Kong serta Naturalis Biodiversity Center di Belanda.

Beliau menyertai SBG pada 2014 untuk meneruskan penyelidikan mengenai sistematik dan biogeografi keturunan tumbuhan tropika Asia Tenggara termasuk begonia, Annonaceae dan Lauraceae. Kerja-kerja penyelidikan beliau mengintegrasikan kajian tradisional herbarium, kerja lapangan serta pendekatan-pendekatan molekul berasaskan makmal.

Turut hadir di ceramah tersebut ialah Ketua Program Biodiversiti Flora, Dr Richard Chung; Felo FRIM, Dr Saw Leng Guan; dan Perunding Projek Flora of Peninsular Malaysia FRIM, Dr Ruth Kiew.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast