Timbalan Menteri NRE lancar buku flora Gunung Ledang

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

3 Januari 2017 (Selasa) – Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Ir Hamim Samuri telah melancarkan buku terbitan FRIM bertajuk, ‘Gunung Ledang Malaysia—Flora Puncak Tertinggi Paling Selatan Asia’ pada 31 Disember lalu sempena Majlis Perasmian Program Penanaman Pokok Mega Parlimen Ledang 2016 di Bandar Baru Tangkak Park, Tangkak, Negeri Johor.

Buku yang disunting oleh Hamim, Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod dan beberapa penyelidik FRIM yang lain ini mendokumentasi keunikan serta keindahan flora di Gunung Ledang. Di majlis yang sama, Hamim juga melancarkan logo ‘Love Ledang Tangkak’.

Abd Latif mengetuai delegasi FRIM dalam menyertai program tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan untuk memelihara dan memulihara khazanah hutan serta memupuk kesedaran menghargai hutan.

Lebih 3,000 peserta termasuk ahli-ahli komuniti tempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak, Gambir dan Serom telah menyertai program tersebut. Mereka berjaya menanam sebanyak 3,144 anak pokok karas berjaya sekali gus mencipta rekod baharu dalam ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR) sebagai “Largest Karas Tree Planting Event”.

Pengiktirafan tersebut dibuat oleh Pegawai Khas MBOR, Nurasyikin Ramli yang menyampaikan sijil kepada Timbalan Menteri NRE, Datuk Ir Hamim Samuri yang juga merupakan Ahli Parlimen Ledang.

Turut hadir, Dato’ Suhaimi Mamat, Setiausaha Bahagian Kanan NRE; Datuk Borhanudin Arshad, Timbalan KP Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia; Datuk M Asojan Muniyandy, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir; Abd Razak Minhat, ADUN Serom; Ezahar Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak; Henry Goh, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia serta wakil dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi lain di bawah NRE.

Deligasi FRIM termasuk Datuk Dr Rahim Sudin, Timbalan KP (Operasi) dan isteri, Datin Salamah Selamat; Dr Samsudin Musa, Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar; Datin Halidah Kasmin, isteri KP FRIM dan anak mereka, Muhammad Ismail.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Accessibility
Close