TKP FRIM terima Anugerah Standardisasi Kebangsaan 2016

Written by CCU on . Posted in Hadiah & Penghargaan, Berita & Acara

spinner

18 April 2017 (Selasa) – Datuk Dr Rahim Sudin, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Operasi) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima Anugerah Standardisasi Kebangsaan 2016 (Kategori Individu) di Majlis Anugerah Standard dan Akreditasi Kebangsaan 2017 baru-baru ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah menyampaikan anugerah kepada Rahim di majlis yang diadakan pada 31 March lalu di Kuala Lumpur.

Tiga penerima lain bagi anugerah kategori tersebut ialah Prof. Dr Zairi Jaal dari Universiti Sains Malaysia, Dr Teng Wan Dung (SIRIM Berhad) dan Dr Faridah Hanim Ab Hanan (Lembaga Getah Malaysia). Mereka telah membangunkan lebih daripada 20 standard berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.

Sepanjang kerjayanya, Rahim telah memberikan sumbangan sebagai Pengerusi Kumpulan Kerja Wood Based Panel Products; Ahli Kumpulan Pakar ISO/ TC 89 Wood Based Panel; Ahli Jawatankuasa (AJK) Teknikal On Timber & Wood-Based serta AJK Standard Perindustrian Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran (ISC M).

Majlis yang dihadiri seramai 200 orang ini dianjurkan oleh Jabatan Standard Malaysia untuk memupuk ‘budaya celik kualiti’ dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda.

Pada tahun 2012, FRIM telah menerima Anugerah Penghargaan Pengguna Malaysian Standards di Majlis Anugerah Standard dan Akreditasi Kebangsaan.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast