TPM lancar FRIM Inc.

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

5 Februari 2018 (Isnin) – Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri (TPM) telah merasmikan FRIM Incorporated (FRIM Inc.) di Villa Fragrans, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 2 Februari lalu.

Turut hadir di majlis ialah Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE); Dato’ Sri Azizan Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) NRE yang juga Pengerusi FRIM; Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM, ketua-ketua dan wakil-wakil jabatan di bawah NRE; rakan-rakan kerjasama FRIM, pemain-pemain industri, para pemegang taruh dan beberapa wakil Malaysia Book of Records (MBR).

FRIM Inc. ditubuhkan pada 4 Ogos 2017 sebagai anak syarikat FRIM bagi mentransformasikan hasil-hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk perkhidmatan teknikal FRIM kepada aktiviti komersialisasi untuk penjanaan pendapatan.

Berdasarkan tagline Discover Unlimited Potential, FRIM Inc. akan beroperasi di bawah prospek seperti aktiviti pemasaran dan jualan produk-produk hasilan R&D, perkhidmatan kepakaran dan kemahiran, perkhidmatan perlindungan harta intelek, khidmat teknikal berbentuk pemindahan teknologi dan latihan serta komersialisasi harta intelek di pasaran terbuka. Dari Disember 2017 hingga Januari 2018, FRIM Inc. telah memperolehi perniagaan bernilai kira-kira RM1 juta.

Di majlis yang sama, KSU NRE turut mengumumkan nama dua spesies tumbuhan batu kapur baharu yang dinamakan sempena TPM dan Menteri NRE iaitu Gymnostachyum ahmadzahidianum dan Impatiens feonajunaidiana. FRIM menamakan kedua-dua spesies yang dikategorikan sebagai Amat Terancam (Critically Endangered) bagi menghargai sokongan mereka terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti khususnya di kawasan batu kapur. Pakar botani FRIM sedang menyediakan manuskrip dengan deskripsi dan ilustrasi spesies-spesies ini untuk diterbitkan dalam jurnal saintifik.

TPM juga merasmikan Villa Junaidiana iaitu pusat operasi FRIM Inc. yang turut dinamakan sempena Menteri NRE atas penghargaan sokongan dan sumbangan beliau terhadap FRIM.

Zahid juga menyaksikan penyampaian sijil-sijil pengiktirafan MBR kepada FRIM. Sempena sambutan ulang tahun ke-33 tahun ini, FRIM telah mendapat 33 pengiktirafan yang direkodkan dalam MBR. Antara pengiktirafan yang terkini termasuk lima yang dianugerahkan kepada KP FRIM, satu kepada pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr Lee Chai Ting dan satu lagi oleh pasukan penyelidik diketuai Dr Hamdan Husain.

Antara anugerah MBR yang diterima oleh KP FRIM ialah sebagai Saintis Perhutanan Pertama menerima Anugerah Saintis Muda Negara, Saintis Perhutanan Pertama menerima dua Anugerah Sains Kebangsaa dan Saintis Perhutanan Termuda menerima Anugerah Pencapaian Saintifik IUFRO ketika berusia 34 tahun.

Selain itu, Zahid turut merasmikan ‘Mobile Wood Identification System’ (MyWood-ID) iaitu satu aplikasi pengecaman kayu menggunakan telefon pintar. MyWood-ID dibangunkan oleh Ketua Makmal Anatomi Kayu FRIM, Dr Nordahlia Abdullah Siam dengan kerjasama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). MyWood-ID yang dijangka dapat mengecamkan 100 jenis kayu tempatan ini adalah cepat, tepat, melibatkan kos yang rendah serta mesra pengguna.

5 (100%) 5 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast