Rombongan UTHM lawat FRIM

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

spinner

28 Januari 2016 (Khamis) – Satu rombongan dari Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah melawat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pagi tadi untuk mengadakan perbincangan mengenai cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama di bawah skop kerjasama antara FRIM dan UTHM.

Lawatan ini juga bertujuan menyerahkan surat pelantikan semula Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sebagai Profesor Adjung UTHM.

Rombongan terdiri daripada Prof. Madya Dr Mohd Fadzelly Abu Bakar, Ketua Jabatan, FSTPi; Prof. Madya Dr Alona C. Linatoc, Ketua Panel, FSTPi; Dr Faridah Karmin, Pensyarah Kanan, Jabatan Teknologi Warisan; dan Nur Amalina Ismail, seorang pelajar UTHM.

Mereka disambut dan diberi taklimat oleh KP FRIM di Bilik Hopea. Turut hadir, Norhayati Nordin, Ketua Unit Komunikasi Korporat; Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam dan wakil-wakil daripada Cawangan Pembangunan Modal Insan dan Pejabat KP FRIM.

Selepas sesi perbincangan, rombongan dibawa melawat ke Pusat Teknologi Herba (HTC) di mana mereka diberi taklimat mengenai kemudahan serta perkhidmatan HTC oleh Ketua Program, Zamree Md Shah.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast