INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA
                       (FRIM) 52109 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN

                                                                                                 Tarikh : 10 Disember 2012


IKLAN JAWATAN KOSONG KUMPULAN SOKONGAN

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

1.         JAWATAN

            (a)        Jawatan/Gred    :           PEKERJA  AWAM R1
            (b)        Bidang              :           BOTANI/PERHUTANAN
            (c)        Taraf                :           KONTRAK
            (d)        Bilangan            :           2 KEKOSONGAN
            (e)        Tempoh            :           DUA TAHUN
            (f)         Jadual Gaji        :          RM 731.69 min – RM 1411.63 max
                                                            RM 779.68 min – RM 1483.56 max
                                                RM 829.51 min – RM 1557.34 max

2.         TEMPAT BERTUGAS    :           Taman Botani Kepong, FRIM

3.         KEMUDAHAN IMBUHAN IMBUHAN TETAP

i)          Imbuhan Tetap Khidmat Awam             RM   65.00 sebulan
ii)         Imbuhan Tetap Perumahan                    RM 180.00 sebulan
iii)         Bayaran Bantuan Sara Hidup                RM 150.00 sebulan

4.         KEUTAMAAN KEPADA CALON

    1. Pengalaman Kerja
    2. Memeriksa Fortfolia
    3. Kemahiran Komunikasi

 

5.         SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan dan
  4. Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini
  5. dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.;                       

6.         CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 pindaan 2 yang boleh dimuat turun daripada laman web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis Nama Jawatan PEKERJA AWAM R1 (K) dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Blok B3, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan.

7.         TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 24 Disember 2012 (Isnin)

Nota:  Borang Permohonan yang diterima selepas waktu pejabat 24 Disember 2012 akan direkodkan. Walau bagaimanapun borang tersebut  tidak akan diproses.

 

8.         CATATAN AM

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk saringan bagi urusan pelantikan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima  jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

 

Dikeluarkan       :  Bahagian Sumber Manusia
                           FRIM
Tarikh               : 10.12.2012