Sejarah Penubuhan Koperasi FRIM Berhad (KOFRIM)
Koperasi FRIM Bhd. (KOFRIM) mula didaftarkan pada 4 Jun 1973 atas nama Koperasi Serbaguna I.P.P. Bhd. Namanya telah ditukar ke Koperasi FRIM Bhd. pada 1 Mac 1982. Kini modal berbayar telah meningkat ke RM 4,430,820.03.
Pengerusi pertama KOFRIM ialah En. Baharudin Bin Hj Ghazali. Kemudian diikuti dengan En. Ismail Bin Johari,Tuan Sheikh Ibrahimdi Bin Sheikh Ali, Tan Sri Saleh Bin Mohd. Noh dan Datuk Dr. Abd Razak Bin Mohd. Ali. Pengerusi terkini ialah Y Bhg Dato' Dr Abd Latif Bin Mohmod yang menjadi penggerak KOFRIM ketika ini. Anggota KOFRIM boleh berbangga kerana KOFRIM berada ditahap yang paling memberangsangkan dari segi kepuasan pelanggan/ahli, pengurusan kos dan penggunaan sumber yang lebih effisyen.
Koperasi FRIM Bhd. seawal ia ditubuhkan, bidang perniagaan yang dijalankan ialah kedai runcit serbaguna menjual barangan keperluan harian rumah secara kredit. Kini rangkaian barangan dan perkhidmatan telah bertambah bagi menentukan kemudahan ahli-ahli Koperasi FRIM Bhd. mendapat barangan dan perkhidmatan yang pelbagai.
Tujuan KOFRIM di tubuhkan adalah seperti berikut:-
• Menjaga dan meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggota KOFRIM.
• Menjalankan aktiviti pengguna, pinjaman dan insuran.
• Memiliki hartanah (tanah, bangunan dan sebagainya.).
|