Piagam Pelanggan Koperasi FRIM Berhad
Kami berikrar untuk menjadikan KOFRIM koperasi yang terbaik di Malaysia. Ke arah itu, kami memberi jaminan berikut:
(i) Urusan harian koperasi dan pejabat KOFRIM diurus dengan kemas dan secara professional.
(ii) Memberi keutamaan dan layanan mesra kepada anggota-anggota KOFRIM yang berurusan di pejabat KOFRIM.
(iii) Semua jenis pinjaman dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat maklumat lengkap dan kota bulanan masih mencukupi.
(iv) Semua rekod anggota akaun dan pengurusan diselenggara dengan kemas dan teratur.
(v) Semua pertanyaan anggota dan tindakan susulan diambil tidak lebih daripada 7 hari bekerja.
(vi) Menjalankan aktiviti-aktiviti yang menguntungkan anggota dan sentiasa memaklumkan anggota mengenai perkembangan semasa.
(vii) Anggota yang menamatkan keanggotaan akan mendapat balik semua simpanan syer, caruman insuran dan wang tabungan setelah tiada lagi hutang dengan KOFRIM dalam tempoh 12 bulan selepas permohonan diluluskan oleh Lembaga.
(viii) Kami akan mematuhi Akta Koperasi 1993(Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia(pindaan 2007)) dan peruntukan-peruntukan yang diperbuat dibawahnya serta mematuhi segala urusan pentadbiran yang berkaitan.
|