FRIM terima anugerah Nikkei Asia Prize

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah dianugerahkan Nikkei Asia Prize bagi kategori sains, teknologi dan inovasi sebagai pengiktirafan sumbangan institut ini kepada pemuliharaan alam sekitar di rantau Asia. Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah menerima anugerah ini di Majlis Penyampaian Anugerah-Anugerah Nikkei Asia ke-14 di Tokyo, Jepun pada 20 Mei 2009. Nikkei Asia Prizes dilancarkan oleh Nihon Keizai Shimbun, Inc. (Nikkei) pada 1996 untuk memberi pengiktirafan kepada individu, kumpulan mahupun organisasi di atas pencapaian cemerlang serta sumbangan mereka kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat serta kestabilan sosio-budaya di rantau Asia. Di dalam surat kepada Abd Latif bertarikh 4 Mac [...]