Aktiviti pemerhatian burung merupakan langkah yang bagus dalam memperkenalkan kepada kanak-kanak dan masyarakat akan keindahan alam burung-burung disamping mendedahkan mereka kepada alam semulajadi. Penglibatan kanak-kanak serta pencinta alam dalam aktiviti pemerhatian burung merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang sangat menarik, dan aktiviti ini seringkali dijalankan di FRIM. FRIM mempunyai lebih kurang 182 spesies burung daripada jumlah 742 spesies yang terdapat di Malaysia. Dengan jumlah sebegini, cukup menunjukkan jumlah spesies burung di FRIM adalah tinggi dari segi kepelbagaianya. Terdapat beberapa tempat yang menarik dari pelbagai jenis habitat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pemerhatian burung ini seperti di kawasan tanah lembap, taman botani Kepong, arboretum buah-buahan, arboretum bukan dipterokap serta beberapa lagi tempat untuk menjalani aktiviti tersebut disamping menikmati keindahan alam semulajadi di FRIM. Pengalaman dan keseronokan yang sebegini sukar didapati di kawasan urban hijau di negeri Selangor ini.

Laluan untuk aktiviti berbasikal biasa adalah di sekitar kawasan kampus FRIM melalui jalan yang berturap. Aktiviti riadah ini dibenarkan di FRIM dari seawal jam 7.00 pagi hingga 6.30 petang sahaja setiap hari.

Kedudukan FRIM yang berdekatan dengan pusat bandar raya Kuala Lumpur dan mudah dituju merupakan antara salah satu faktor yang menjadikan FRIM sebuah destinasi pilihan untuk aktiviti riadah seperti berjogging. Para pengunjung sering datang ke FRIM untuk tujuan ini bukan sahaja pada hari cuti malah setiap hari seawal dari jam 5.00 pagi. Aktiviti berjogging dibenarkan meliputi kawasan Jalan Foxworthy, Jalan Jelutong, Jalan Kapur, Taman Botani Kepong dan Jalan Kampung Jawa.

Bagi maklumat sewaan, sila klik di sini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pusat  Informasi Pelawat
Tel: 03-6279 7592 / 03-6279 7649
Faks: 03-6280 4619
E-mel: frim_enquiry[at]frim.gov.my