AKTIVITI ALAM

FRIM merupakan habitat bagi ratusan spesies haiwan dan serangga yang aktif pada malam (nocturnal) untuk melindungi mereka daripada pemangsa. Pengunjung akan dapat menikmati orkestra hutan dan suasana hutan pada waktu malam. Jika anda bertuah, anda akan dapat melihat katak, kubung (colugo) dan burung-burung malam.

Waktu operasi: 8:00PM – 10:00PM (berdasarkan permintaan)
Caj: • RM250 setiap kumpulan (maksimum 20 peserta setiap kumpulan)
• Caj parkir & kemasukan [Rujuk: www.frim.gov.my/ms/tarikan/pas-tiket-kemasukan/].
Tempahan: Pusat Informasi Pelawat (VIC) FRIM melalui emel: frim_enquiry@frim.gov.my