Secara umumnya, tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi. CSR juga merupakan komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan imej organisasi. CSR mampu memberikan satu laluan yang kondusif dan efektif kepada FRIM dalam mempromosi produk mahupun jenama FRIM sendiri. Sejak tahun 2000 lagi, FRIM telah mula bergiat aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti CSR. Beberapa program telah dirangka sejak itu hingga kini yang melibatkan pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat. Menerusi program-program berkenaan, usaha untuk memperkenalkan FRIM sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab serta mempelopori gerakan hijau dan mesra alam dapat dilaksanakan. Beberapa aktiviti kesedaran telah dianjurkan bagi menyebarkan maklumat kepada orang awam. Penganjuran aktiviti-aktiviti berkenaan turut mendapat kerjasama daripada badan-badan korporat tempatan mahupun antarabangsa serta institusi pengajian tinggi tempatan. Aktiviti-aktiviti CSR yang dijalankan di FRIM dibahagikan kepada dua kategori seperti:

Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat (CCU) FRIM seperti berikut:-

Talian Pejabat : 03-6279 7591 / 7577 / 7529
E-mel
: frim_ccu[at]frim.gov.my

Untuk sebarang surat permohonan hendaklah dimajukan kepada pegawai di bawah:

Ketua Unit Komunikasi Korporat (CCU)
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
52109 Kepong
Selangor Darul Ehsan

Permohonan untuk melaksanakan aktiviti CSR perlulah dihantar kepada pihak FRIM sekurang-kurangnya sebulan awal.

Sepanjang tahun 2010–2021, sebanyak 22,936 pokok telah ditanam hasil usaha CSR FRIM dengan 183 badan korporat. Selaras dengan usaha ini, Unit Komunikasi Korporat (CCU) FRIM telah memulakan inisiatif penanaman pokok bersama Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) bagi Program Perniagaan Pelancongan Hijau yang dilancarkan bagi menyokong komitmen kerajaan untuk mengimbangi pelepasan karbon sebanyak 40 peratus pada tahun 2020. Selain aktiviti penanaman pokok sebagai aktiviti CSR sesebuah organisasi, terdapat juga aktiviti penanaman pokok yang dijadikan kenangan atau komemoratif (memorial or commemorative planting). Aktiviti ini khusus untuk memperingati sesuatu peristiwa tertentu seperti hari lahir, majlis istimewa atau penanaman oleh VIP/tetamu dan lokasi tanaman adalah di kawasan yang utama di FRIM (prime area). FRIM telah diisytihar sebagai Tapak Warisan Semulajadi pada 2009, Warisan Kebangsaan pada 2012 dan berjaya diterima dalam Senarai Tentatif WHS UNESCO pada 7 Julai 2017 semasa Mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia (WHC) ke-41 yang diadakan di Krakow, Poland.

Panduan aktiviti penanaman pokok:

Tapak Penanaman: Kawasan FRIM seperti yang dinasihatkan oleh pegawai FRIM yang bertanggungjawab. Persediaan aktiviti penanaman pokok seperti berikut:

  • Pemilihan Spesies
  • Penyediaan Lubang Penanaman
  • Tapak Penanaman
  • Pemilihan anak pokok

Tema Penanaman: Spesies kayu yang diambil dari hutan FRIM untuk tujuan percubaan dan pemuliharaan atau spesies pokok hiasan dan pokok teduhan. Pilihan spesies tertakluk pada stok di tapak semaian dan kesesuaian lokasi penanaman.

Bahan Penanaman: Ketinggian anak pokok antara 1-2 meter daripada pelbagai spesies seperti kayu keras berat, buah-buahan hutan dan pokok herba.

Aktiviti Penanaman: Tapak dan peralatan akan disediakan oleh pihak FRIM. Peserta digalakkan untuk mengambil bahagian secara aktif. Peserta juga boleh mewakilkan kepada kakitangan FRIM untuk menanam pokok jika lokasi sukar diakses (terlalu curam, terlalu berlumpur atau terlalu jauh). Bukti secara bergambar akan diberikan setelah acara selesai.

Petanda: Plak/Penanda akan disediakan seperti berikut:

Saiz Plak 1” x 1.5”
Warna plak : Hitam / 1 meter high

Peserta: Nisbah bilangan peserta yang mengambil bahagian dalam penanaman pokok ialah 1:1, iaitu satu (1) pokok boleh ditanam satu (1) orang. Ini adalah untuk memastikan tapak penanaman tidak terlalu padat dengan peserta.

Pangkalan Data Tanaman: Pokok yang telah ditanam akan dipetakkan dan maklumat akan disimpan di dalam pengkalan data FRIM. Semua aktiviti penanaman pokok telah direkodkan sejak tahun 1926 dan semua pokok adalah hak milik FRIM.

Tanggungjawab FRIM: Mengekalkan pokok-pokok yang ditanam sebagai sebahagian dari rutin tanah dan penyelenggaraan landskap seperti merumput, membaja, dan lain-lain mengikut keperluan dan amalan biasa. Anak-anak pokok kebiasaannya akan ditanam agak rapat antara satu sama lain. Mana-mana pokok yang mati tidak akan diganti. Walau bagaimanapun, JIKA DIGANTI, ia tidak semestinya diganti dengan spesies yang sama.

Pengurusan Aktiviti: Sila tulis secara rasmi kepada FRIM untuk perhatian Unit Komunikasi Korporat. Notis awal penting untuk pihak FRIM membuat persediaan yang diperlukan. Pihak FRIM mempunyai hak untuk menerima atau menolak mana-mana pemohonan.

Peralatan: Peralatan asas untuk menanam pokok akan disediakan (cangkul, penyodok dan lain-lain).

Sijil: Sijil akan diberikan kepada semua penaja korporat yang menyertai program penanaman pokok ini dan akan diakui sebagai ‘SAHABAT FRIM’ (‘FRIENDS OF FRIM’).

Kos pokok:

No Pakej Kapasiti Bil. Pokok Harga (RM)*
1. Pakej (A) 20 pax 20 5,000
2. Pakej (B) 40 pax 40 8,000

* Termasuk bayaran masuk, jurupandu alam, peralatan menanam, sijil penghargaan, sarung tangan, goody bag dan lawatan tapak.

Commemorative Tree Planting by Finland Ambassador to Malaysia Enrichment Planting by Sekolah Angkat
Penanaman Pokok Kenangan oleh Duta Finland ke Malaysia Penanaman Pokok oleh Sekolah Angkat

 

FRIM mengalu-alukan penajaan badan-badan korporat sebagai sebahagian daripada CSR organisasi. Antara penajaan yang disalurkan oleh badan korporat kepada FRIM adalah tajaan infrastruktur yang berupa Papan Maklumat di kawasan perkelahan dan Taman Botani Kepong yang telah disumbangkan oleh Conocophillips pada tahun 2011 serta sumbangan kerusi berkelah kepada SK Kepong yang ditaja oleh Frontica pada 2016. PUSPAKOM dan Plenitude turut serta melaksanakan program CSR mereka dengan memberi sumbangan wakaf dan menaiktaraf denai. Selain tajaan infrastruktur, pihak FRIM turut menerima tajaan bagi aktiviti penanaman pokok. Organisasi yang berminat boleh menyalurkan sumbangan berbentuk cek (tertakluk kepada syarat) dan seterusnya aktiviti penanaman pokok akan dijalankan oleh pihak sukarelawan yang dilantik oleh pihak FRIM.

Picnic bench sponsored by Frontica Wakaf sumbangan PUSPAKOM.
Henk Jan Jonge Poerink (kiri, tengah), Pengurus Urusan Besi Apac, menyerah cek sumbangan program menanam pokok kepada Toh An Nee (kanan, tengah), Ketua Unit Komunikasi Korporat FRIM

Kerusi berkelah sumbangan Frontica

Wakaf sumbangan PUSPAKOM