PERUTUSAN KP
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh and Salam Sejahtera.
Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). FRIM merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Kami bermula sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI) yang ditubuhkan pada tahun 1926 bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menyokong sektor perhutanan dan industri perkayuan. Akta FRIM (Akta 782) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2016 membolehkan FRIM mengkomersialkan produk hasil R&D dan perkhidmatan FRIM sebagai sebahagian daripada penjanaan sumber pendapatan bagi menampung operasi FRIM.
Selari dengan perkembangan semasa yang mengaplikasikan teknologi ICT sebagai landasan utama perkongsian maklumat, FRIM turut berkongsi berita dan maklumat terkini hasil R&D dan komersialisasi, serta perkhidmatan FRIM melalui laman sesawang ini dan media sosial terutamanya Facebook untuk pengetahuan umum.
Semoga segala maklumat yang disediakan dalam laman sesawang ini dapat meningkatkan kefahaman terhadap sektor perhutanan dan kepelbagaian sumber asli di Malaysia serta memenuhi keperluan para pemegang taruh dan golongan sasar, terutamanya mengenai aspek R&D dan perkhidmatan yang pihak FRIM tawarkan. Pihak kami berharap platform ini akan turut meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan hutan dan penggunaan lestari sumber asli negara melalui R&D dan merakyatkan inovasi.
Pihak FRIM juga mengalu-alukan maklum balas terhadap kandungan laman sesawang ini agar keberkesanan penyampaian maklumat FRIM dapat dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan semua. Sila kemukakan cadangan atau pertanyaan melalui aplikasi e-maklumbalas yang disediakan di laman sesawang ini.
Teruskan melayari laman sesawang FRIM!
Dato’ Dr Ismail Hj. Parlan
Ketua Pengarah FRIM
E-mel : ismailp@frim.gov.my