Perutusan KP

Last modified: Jun 23, 2014

Sekapur Sirih Ketua Pengarah FRIM

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

FRIM yang merupakan satu-satunya institut penyelidikan perhutanan di Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1929 bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menyokong sektor perhutanan dan keluaran hutan, serta mengarusperdana sumber asli negara. Selari dengan perkembangan semasa yang mengaplikasikan teknologi ICT sebagai landasan utama perkongsian maklumat, FRIM menyediakan maklumat terkini hasil R&D dan komersialisasi, serta perkhidmatan FRIM dalam bentuk digital melalui laman sesawang ini; untuk kepentingan bersama.

Semoga segala maklumat serta perkhidmatan yang disediakan dalam laman sesawang ini dapat meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian sumber asli dan alam sekitar di Malaysia serta memenuhi keperluan golongan sasar, terutamanya mengenai aspek R&D dan perkhidmatan yang menyumbang kepada sektor perhutanan.

FRIM juga mengalu-alukan maklum balas supaya kandungan laman sesawang FRIM ini dipertingkatkan sebagai inisiatif menyalurkan maklumat yang memenuhi aspirasi semua. Sila kemukakan cadangan atau pertanyaan melalui aplikasi interaktif e-maklumbalas yang disediakan di laman sesawang ini.

Teruskan melayari laman sesawang FRIM!

Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Abd. Latif Mohmod

Ketua Pengarah FRIM
E-mel : latif@frim.gov.my

  • Nama                   : Abd. Latif Mohmod, Dr.
  • E-mel                    : latif@frim.gov.my
  • Telefon                : 603-6279 7008/ 7009
  • Faks                     :  603-6280 4624

  • Ijazah Sarjana Muda Sains, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 1984
  • Sarjana Sains Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), 1992
  • Doktor Falsafah dalam Bidang Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), 1996

  • 1985, Pegawai Penyelidik FRIM
  • 1987, Ketua Projek Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana- FRIM-Bank Dunia
  • 1988-1999, Ketua Program Hasil Hutan Bukan Kayu FRIM
  • 1998-2000, Koordinator Jawatankuasa Pengkaji Program Buluh dan Spesies berkaitan di bawah Kesatuan Antarabangsa Pertubuhan Penyelidikan Perhutanan (IUFRO)
  • 1998-2001, Kordinator Kebangsaan Projek Perintis Buluh Negara
  • 2005-2008, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM
  • 2009, Naib Presiden Persatuan Plant Resources of South East Asia (PROSEA)
  • 2009-2015, Pengerusi Persatuan Institusi-Institutsi Perhutanan Asia Pasifik (APAFRI)
  • 2009-hingga kini, Ketua Pengarah FRIM

4.4 (88.89%) 9 votes

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast