Aktiviti Alam

Last modified: Julai 23, 2015

Memerhati burung/hidupan liar

Aktiviti pemerhatian burung merupakan langkah yang bagus dalam memperkenalkan  kepada kanak-kanak dan masyarakat akan keindahan alam burung-burung disamping mendedahkan mereka kepada alam semulajadi. Penglibatan kanak-kanak serta pencinta alam dalam aktiviti pemerhatian burung merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang sangat menarik, dan aktiviti ini seringkali dijalankan di  FRIM. FRIM mempunyai lebih kurang 182 spesies  burung daripada jumlah 742 spesies yang terdapat di Malaysia. Dengan jumlah sebegini, cukup menunjukkan jumlah spesies burung di FRIM adalah tinggi dari segi kepelbagaianya. Terdapat beberapa tempat yang menarik dari pelbagai jenis habitat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pemerhatian burung ini seperti di kawasan tanah lembap, taman botani Kepong, arboretum buah-buahan, arboretum bukan dipterokap serta beberapa lagi tempat untuk menjalani aktiviti tersebut disamping menikmati keindahan alam semulajadi di FRIM.  Pengalaman dan keseronokan yang sebegini sukar didapati di kawasan urban hijau di negeri Selangor ini.

Berbasikal / berbasikal lasak

Laluan untuk aktiviti berbasikal biasa adalah di sekitar kawasan kampus FRIM melalui jalan yang berturap. Manakala untuk aktiviti basikal bukit, terdapat laluan khas yang telah dibangunkan sejak tahun 2009 untuk para penggemar aktiviti ini. Laluan tersebut dibangunkan dengan kemudahan minimum bagi membolehkan penunggang basikal bukit menikmati pengalaman dalam persekitaran hutan dan semula jadi. Laluan untuk aktiviti berbasikal bukit hanya dibenarkan pada kawasan yang telah ditetapkan sahaja. Antara laluan yang menjadi tumpuan peminat basikal bukit ialah Bukit Bujang, Simpang K, Kem Perah, Tongkat Ali atau Bukit Steroid, dan Puncak Pinus atau Helipad.  Secara umumnya, laluan basikal bukit FRIM dikategorikan kepada tiga jenis iaitu ringan, sederhana dan mencabar. Laluan ringan melibatkan perjalanan sejauh 10 km, manakala laluan sederhana sejauh 20 km, dan diikuti oleh laluan mencabar sejauh 30 km. Aktiviti riadah ini dibenarkan di FRIM dari seawal jam 7.00 pagi hingga 6.30 petang sahaja setiap hari.

Joging

Kedudukan FRIM yang berdekatan dengan pusat bandar raya Kuala Lumpur dan mudah dituju merupakan antara salah satu faktor yang menjadikan FRIM sebuah destinasi pilihan untuk aktiviti riadah seperti berjogging. Para pengunjung sering datang ke FRIM untuk tujuan ini bukan sahaja pada hari cuti malah setiap hari seawal dari jam 5.00 pagi. Aktiviti berjogging dibenarkan meliputi kawasan Jalan Foxworthy, Jalan Jelutong, Jalan Kapur, Taman Botani Kepong, Laluan Rover dan Jalan Kampung Jawa.

Bagi maklumat sewaan, sila klik di sini.

Sila patuhi arahan Panduan Pelawat FRIM ketika menjalankan aktiviti di atas.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pusat Perkhidmatan Setempat
Tel : 03-62797592 / 03-62797649
Faks : 03-62804619
Emel : frim_enquiry@frim.gov.my

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast