Stesen Penyelidikan FRIM

Last modified: Oktober 11, 2017
FRIM menawarkan pelbagai kemudahan untuk menjalankan penyelidikan termasuk sembilan (9) buah stesen penyelidikan yang terletak di pelbagai jenis hutan di Semenanjung Malaysia seperti berikut :
KML-LogoFullscreen-LogoQR-code-logoGeoJSON-LogoGeoRSS-LogoWikitude-Logo
Malaysia

loading map - please wait...

Pasoh Research Station, Negeri Sembilan: 2.951157, 102.267268
Mata Ayer Research Stations, Perlis: 6.457917, 100.231937
Jengka Research Stations, Pahang: 3.768589, 102.546808
Segamat Research Station, Johor: 2.508416, 102.803714
Setiu Research Stations, Terengganu: 5.565453, 102.856312
Maran Research Station, Pahang: 3.632489, 102.804393
Bidor Research Stations, Perak: 4.086781, 101.244306
Jeli Research Station, Kelantan: 5.702994, 101.829637
Selandar Research Station, Malacca: 2.426475, 102.397266
Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kuala Lumpur: 3.228469, 101.638771
au_frs_001

  • Ia adalah stesen penyelidikan FRIM yang pertama ditubuhkan pada tahun 1970 di bawah Man and Biosphere Programme, Universiti Malaya.
  • Dipindah hakmilik kepada Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI) pada tahun 1978.
  • Terletak di Hutan Simpan Penyelidikan Pasoh yang meliputi kawasan seluas 1,840 hektar yang telah diwartakan untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan yang diuruskan oleh FRIM.
  • Ia mendapat perhatian seluruh dunia dari saintis dan ahli ekologi hutan tropika, serta pendidik dan penggemar alam sekitar tempatan.
  • Terdapat sebuah plot ekologi kekal seluas 50 hektar, arboretum seluas 2 hektar, denai alam berpandu sepanjang 2 kilometer dan sistem menara titian kanopi segitiga diperbuat daripada aluminium dan aloi yang pertama seumpamanya di negara ini.
  • Hutan Simpan Penyelidikan Pasoh ini merupakan hutan pamah tropika yang paling menyeluruh dikaji di rantau Asia Tenggara.

More Info

 Sila hubungi:
Program Hutan Asli
Tel: +03-6279 7638 / 7177
E-mel: cdfletch@frim.gov.my

au_frs_002

  • Ditubuhkan pada tahun 1974, stesen ini terletak di kawasan seluas 455 hektar dalam Hutan Simpan Mata Ayer.
  • Ia merupakan pusat rujukan untuk penubuhan ladang hutan jati.
  • Penanaman pertama dijalankan pada tahun 1953.
  • Ia mempunyai kawasan seluas 300 hektar yang ditanam dengan jati dari pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia serta dari Thailand, Indonesia, India, Papua New Guinea, Trinidad dan Sabah.
  • Stesen ini juga dilengkapkan dengan kemudahan untuk aktiviti-aktiviti pendidikan eko-pelancongan dan alam sekitar termasuk titian kanopi, kemudahan penginapan dan tapak perkhemahan.

More Info

 Sila hubungi:
Program Membaik Biak Tumbuhan
Tel: 03-6279 7101
E-mel: zaky@frim.gov.my

au_frs_003

  • Stesen ini telah ditubuhkan pada tahun 1982. Ia berkeluasan 0.9 hektar dan berfungsi sebagai pusat penyelidikan pengurusan hutan semula jadi.
  • Fokusnya adalah untuk penyelidikan dan pembangunan pengurusan secara lestari hutan bukit dipterokarpa.
  • Stesen ini digunakan secara meluas oleh para penyelidik tempatan dan ahli sains asing. Ia merupakan tapak penyelidikan untuk beberapa projek yang telah berjaya dilaksanakan dalam bidang pembalakan, dirian hutan yang tinggal dan pembangunan pertumbuhan semula, rawatan silvikultur, penanaman pengayaan, hidrologi, sains tanah, zoologi dan ekologi hutan.
  • Percubaan penanaman pengayaan telah dilaksanakan untuk menentukan spesies-spesies yang sesuai untuk ditanam mengikut barisan atau secara berkelompok.
  • Antara spesies yang ditanam, Shorea macrophylla (engkabang) menunjukkan hasil keputusan yang memberangsangkan.

More Info

 Sila hubungi:
Program Hutan Asli
Tel: 03-6279 7091/7478
E-mel: harfendy@frim.gov.my

  • Ditubuhkan pada tahun 2003, stesen ini merangkumi kawasan seluas 292.2 hektar.
  • Ia berfungsi sebagai pusat rujukan untuk penyelidikan terhadap perladangan spesies campuran, dengan tumpuan khas kepada karas.
  • Sebanyak 93 hektar telah ditanam dengan karas, jelutong, merawan, Khaya ivorensis, nyatoh, meranti temak nipis dan sentang.

More Info

 Sila hubungi:
Program Membaik Biak Tumbuhan
Tel: 03-6279 7101
E-mel: mohdnoor@frim.gov.my

au_frs_005

  • Ia terletak di kawasan seluas 53 hektar yang dipajakkan kepada FRIM oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1996.
  • Tumbuhan asal terdiri daripada kelat (Sygium spp), gelam (Malaleuca cajuputi), balau pasir (Shorea metarialis) , kemunting (Rhodomyrtus tomentosa), senduduk (Melastoma malabathricum), chuchur atap (Baeckea Frutescens) dan rhu pantai (Casuarina equistifolia).
  • Untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan menyebar maklumat berkenaan penanaman pokok di atas tanah BRIS, mengenalpasti spesies pokok hutan ladang yang berpotensi ditanam di tanah BRIS, mempromosi penggunaan tanah BRIS dengan tanaman spesies pokok hutan yang bernilai komersial dan membangunkan teknik yang kos-efektif bagi penanaman pokok di tanah jenis bermasalah ini.
  • Antara spesies yang telah ditanam: Akasia hybrid (Acacia hybrid), Khaya sp. (Khaya ivorensis), merawab siput jantan (Hopea odorata), tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan jarak (Jatropha curcas).

More Info

 Sila hubungi:
Program Hutan Ladang
Tel: 03-6279 7091
Email: rosdi@frim.gov.my

au_frs_006

  • Ditubuhkan pada tahun 2000, stesen yang meliputi kawasan seluas 50 hektar ini berfungsi sebagai pusat rujukan untuk penubuhan ladang herba.
  • Kerja penanaman Eurycome longifolia (tongkat ali), Orstosiphon stamineus (misai kucing) dan Morinda citrifolia (mengkudu) telah mula dilaksanakan pada tahun 2000.
  • Penanaman yang seterusnya yang dijalankan pada tahun 2003 melibatkan Labisia pumila (kacip fatimah), Mentha arvensis (pudina), Elephantopus scaber (tutup bumiputera) dan Curcuma Domestica (kunyit) di ladang kelapa sawit.
  • Setakat ini, kawasan seluas 20 hektar telah ditanam dengan pelbagai tumbuhan ubatan seperti Tinospora crispa (patawali), Aguilaria malaccensis (karas), Parkia speciosa (petai), Hopea odorata (merawan siput jantan), Khaya senegalensis (African mahogany), Peperomia Pellucida (ketumpangan air), Cinnamomum zeylanicum (kayu manis), (arboretum buah), Centella asiatica (pegaga), Citrus hystrix (limau purut), Citrus aurantifolia (limau nipis), Cymbopogan citradus (serai makan), Cymbopogan nardus (serai wangi), Vitex negundo (legundi), Neolamarckia cadamba (kelampayan) dan Garcinia atroviridis (asam gelugor).

More Info

 Sila hubungi:
Program Sumber Biologi
Tel: + 03-6279 7330
Email: zamree@frim.gov.my

  • Kawasan tanah bekas lombong merangkumi 121.4 hektar ini dipajakkan kepada FRIM oleh Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1996.
  • Ia adalah tapak kajian bagi projek-projek penyelidikan kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan dengan penanaman semula hutan, biodiversiti, pengaruh hutan, fitoremediasi dan eko-toksisiti.
  • Ia merupakan model hutan yang diiktiraf sebagai tapak pendidikan antarabangsa untuk pemulihan kawasan bekas lombong bijih timah.
  • Ia telah dibangunkan dalam masa lima tahun selaras dengan “Bidor Research Station Strategic Plan 1997-2002”.

More Info

 Sila hubungi:
Program Hutan Ladang
Tel: +03-6279 7103
Email: anglh@frim.gov.my

  • Ditubuhkan pada tahun 2008 dengan kelulusan Kerajaan Negeri.
  • Stesen ini meliputi kawasan seluas 200 hektar.
  • Terletak di Mukim Belimbing, Daerah Batu Melintang, Jajahan Jeli.
  • Ianya adalah tapak penyelidikan pemuliharaan kepelbagaian biologi, pemuliharaan buluh asal (Gigantochloa scortechinii) dan ladang hutan termasuk Eucalyptus.
  • Terdapat juga sebuah pusat rujukan dan pemprosesan herba.
  • Maklumat lanjut klik brosur

 Sila hubungi:
Program Hutan Ladang
Tel: +03-6279 7093
Email: emlee@frim.gov.my

  • Ditubuhkan pada tahun 2009 di atas kelulusan Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan.
  • Stesen yang seluas 30 hektar ini terletak di Mukim Selandar, Daerah Jasin.
  • Kawasan seluas lima hektar telah dibersihkan untuk penanaman tumbuhan herba.
  • Antara spesies yang dipilih: Orstosiphon stamineus (misai kucing), Eurycome longifolia (tongkat ali), Labisia pumila (kacip fatimah), Ficus deltoidea (mas cotek) dan Garcinia atroviridis (asam gelugor).
  • Ianya juga merupakan tapak penyelidikan hutan ladang dan pemuliharaan ex-situ spesies terpilih.
  • Tanaman spesies pokok termasuklah Santalum album, Aquilaria malaccensis, Endospermum malaccense dan Eucalyptus spp. sebagai tanaman ujian bahan tanaman yang dikeluarkan oleh Makmal Tisu Kultur FRIM.
  • Maklumat lanjut klik brosur

 Sila hubungi:
Program Hutan Ladang
Tel: +03-6279 7093
Email: zuhaidi@frim.gov.my

4.7 (93.33%) 3 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast