Sejarah FRIM

Last modified: Jun 28, 2016


1. Tanah yang diperkenan untuk penubuhan FRISetelah memperoleh perkenan Sultan Selangor, Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) telah ditubuhkan di sebuah kawasan tapak bekas lombong bijih timah di Kepong yang diusahakan sebagai kebun sayur pada tahun 1925. Setahun kemudiannya, Dr.F.W. Foxworthy, pegawai penyelidik pertama dalam bidang perhutanan, telah memulakan usaha penyelidikan perhutanan dengan penubuhan tapak semaian hutan serta petak percubaan penanaman pokok secara besar-besaran.

Bangunan pejabat pertama IPP yang menempatkan muzium, makmal, bilik kerja, ruang pejabat, herbarium dan perpustakaan ini siap dibina pada tahun 1929. Aktiviti penyelidikan perhutanan di bangunan ini pada ketika itu merangkumi botani, silvikultur, ekonomi, kimia dan zoologi.4. Bangunan D1 1929

Bangunan utama IPP (kini Bangunan Pentadbiran FRIM) pada tahun 1951. Bangunan dua tingkat berbentuk ‘U’ ini dibina berdasarkan rekaan kolonial dengan ciri-ciri tropika serta mempunyai elemen tiang yang tebal dan ruang siling yang tinggi (Francis Ng, 2009).

Tapak semaian IPP yang ditubuhkan pada tahun 1929 merupakan pusat penyemaian biji benih pokok hutan sebelum benih-benih atau anak pokok hutan ini dibekalkan untuk aktiviti penananam.

Aktiviti penanaman bagi penubuhan petak percubaan penanaman pokok secara besar-besaran telah dimulakan seawal tahun 1926 dengan menggunakan 100 spesies pokok asli dan eksotik.

8. ArboretumJ.G. Watson yang berkhidmat di bawah Dr F.W. Foxworthy sebagai Timbalan Pemelihara dan ahli ekonomi hutan; telah memulakan usaha pembangunan arboreta atau koleksi tumbuhan hidup di FRIM pada tahun 1929. Dua arboretum pertama di FRIM ialah Arboretum Dipterokarpa dan Arboretum Bukan-Dipterokarpa.

Gambar sebelah: Arboretum Dipterokarpa pada tahun 1939

FRI/FRIM juga dikenali sebagai Ringyo Shikenjyo atau ‘Stesen Percubaan Perhutanan’ ketika penaklukan Jepun di Malaya (1942–45). Ketika itu, seramai 37 orang pekerja Jabatan Perhutanan telah terkorban. Menurut Anon, 1954, nama setiap pekerja yang terkorban semasa penaklukan Jepun telah diabadikan pada plak peringatan yang ditempatkan di FRI pada 6 Mac 1954.

Pada 1 Oktober 1985, IPP menjadi badan berkanun di bawah Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB). Institut ini kemudiannya dinamakan sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor dilantik sebagai Ketua Pengarah FRIM yang pertama.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Accessibility
Close