PUSAT TEKNOLOGI HERBA
Pengenalan
Pusat Teknologi Herba (HTC) ialah salah satu pusat kecemerlangan yang memainkan peranan utama dalam menyokong industri herba. HTC menyediakan perkhidmatan pemprosesan herba dan penghasilan produk siap kepada pengusaha herba. HTC telah memperoleh persijilan Amalan Pengilangan Baik (APB) pada tahun 2007 daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia. Melalui persijilan ini HTC diiktiraf sebagai entiti yang dapat menghasilkan produk berkualiti tinggi selari dengan spesifikasi yang ditetapkan. Pada 2012 HTC telah memperoleh Lesen Pengilang daripada BPFK yang membolehkan penawaran perkhidmatan pengilangan kontrak kepada pihak industri.
Sejak 2016, HTC juga telah membantu pelanggannya untuk memenuhi keperluan Skim Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pada Disember 2017, HTC juga telah menerima sijil halal bagi enam ekstrak herba yang dihasilkan di sini. Dengan pelaksanaan sistem ABP dan Jaminan Halal, komitmen kepada jaminan keselamatan, kebersihan dan kualiti produk sentiasa menjadi keutamaan di HTC
Fungsi utama
- Menawarkan pembekalan perkhidmatan teknikal pemprosesan tumbuhan ubatan dan herba.
- kursus atau latihan teknologi pemprosesan herba kepada usahawan atau pelajar yang terlibat dalam bidang herba.