ANAK SYARIKAT - FRIM INC.
Syarikat Milikan Penuh FRIM iaitu FRIM Incorporated Sdn Bhd atau FRIM Inc. telah ditubuhkan pada Ogos 2017. FRIM Inc. merupakan satu platform baharu untuk memperkasakan usaha-usaha komersialisasi hasil-hasil R&D dan pakar-pakar FRIM. Selaras dengan slogan “Realizing Unlimited Potential”, FRIM Inc. akan melonjakkan secara strategik teknologi FRIM yang berpotensi ke pasaran bernilai tinggi. Usaha ini diharap akan menjadi pemangkin kepada aktiviti inovasi dan komersialisasi serta menjana pulangan untuk mendokong masa depan R,D,C&A FRIM.
Visi
Untuk menjadi peneraju industri berasaskan hutan melalui teknologi hijau dalam membangunkan pertumbuhan sosio-ekonomi negara.
Misi
Untuk menjadi pencetus industri komersialisasi berlandaskan teknologi dan pakar-pakar FRIM melalui kerjasama strategik dan perkongsian melalui perniagaan strategik FRIM seterusnya mengoptimumkan kos dan memaksimumkan pulangan kepada pihak yang berkepentingan.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
En Wan Jusaini Rizal Wan Nasruddin
Ketua Pegawai Eksekutif
Alamat: Villa Junaidiana
Jalan Watson
52109, Kepong, Selangor
Tel: 011-1096 2871
https://frim-inc.com.my/