POLISI FRIM

Kerajaan Malaysia dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Maklumat yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Laman Web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Cookies

Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan laman web ini.

Pautan kepada Laman Web yang Lain

Laman Web ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Laman Web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Laman Web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

https://www.frim.gov.my adalah hakmilik dan dikelolakan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

  • Semua bahan yang terkandung di dalam portal ini, termasuk ke semua rekabentuk, penulisan, gambar-gambar dan juga perisian komputer ataupun mana-mana isi kandung yang tertera di portal ini adalah dilindungi oleh hakcipta, cap dagang atau apa-apa hak milik yang dimiliki oleh FRIM, kecuali yang telah dinyatakan.
  • Tiada bahagian di dalam portal ini yang boleh dibuat salinan, disimpan atau digunakan di dalam mana-mana portal lain atau digunakan didalam mana-mana jenis sistem elektronik pemuat turun data umum atau peribadi atau apa jua perkhidmatan tanpa mendapat kebenaran bertulis dari FRIM.
  • Isi kandungan portal ini disediakan bertujuan untuk membekalkan pengguna portal ini dengan maklumat am dan bukan sebagai pengganti bagi nasihat undang-undang dan pelaburan.
  • Isi kandungan portal ini adalah dianggap sebagai tepat dan dikemaskini pada dan ketika tarikh yang tertera di muka hadapan portal ini.
  • Selain itu, pemerhatian yang teliti telah dibuat dalam menyediakan maklumat di portal ini dan FRIM tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa ketidaktepatan dan ketidaksempurnaan maklumat di portal ini.
  • Versi terakhir apa-apa dokumen di dalam portal ini adalah seperti salinan asal dokumentasi yang telah difailkan di FRIM.
  • Tiada bahagian di dalam portal ini yang dibenarkan untuk dipautkan oleh mana-mana portal tanpa mendapat kebenaran bertulis dari FRIM.
  • Mana-mana portal yang dipautkan ke portal ini bukanlah dibawah penjagaan FRIM.
  • FRIM tidak bertanggungjawab atas isi kandungan mana-mana portal yang dipautkan, atau apa-apa perubahan kepada portal tersebut.

Permohonan untuk mendapat kebenaran pautan ke portal ini perlu dibuat secara bertulis:

E-mel :feedback@frim.gov.my

Alamat Surat Menyurat :
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia,
Bahagian Perkhidmatan Teknikal,
Tingkat 1, Bangunan Auditorium,
52109 Kepong, Selangor, MALAYSIA