AKTIVITI ALAM
Melakukan treking di sepanjang denai alam di kampus utama FRIM adalah salah satu aktiviti paling popular. Denai alam ini adalah mudah dan sedikit berbukit, yang melintasi hutan buatan manusia yang ditubuhkan sejak 1920-an.
Dibimbing oleh jurupandu alam, ia mengambil masa kira-kira satu jam untuk melalui denai ini. Pelawat akan melihat pokok-pokok kayu balak, flora dan fauna di sepanjang denai. Pemandangan paling menakjubkan adalah fenomena ‘crown shyness’ (malu-malu silara) iaitu silara pokok-pokok kapur (Dryobalanops aromatica) yang tidak bersentuhan antara satu sama lain.
Waktu Operasi: | 8:00AM – 5:00PM setiap hari |
---|---|
Caj: |
|
Tempahan: | Pusat Informasi Pelawat (VIC) FRIM melalui emel: frim_enquiry@frim.gov.my |